Photobucket Photobucket


My Blog List

Presiden PERUBATAN Perjelas Isu Hak Mahasiswa

28 Julai, Sayeda Zeinab - Lima hari semenjak kelas tafaqquh bermula semula dan pelancaran Markaz PERUBATAN, penantian penjelasan isu oleh presiden PERUBATAN saudara Syafiq bin Hamdani tentang isu hak mahasiswa yang terancam dan segala persoalan yang tertimbul akhirnya terjawab. Berikut merupakan isi-isi utama ucapan beliau:

Kronologi

Pada 14 Julai yang lalu, beliau mendapat panggilan telefon yang mengkhabarkan pembuangan tanpa notis Ustaz Firdaus bin Mazlan dari Darul Ifta' Mesir kerana menganjurkan himpunan BERSIH. Beliau kemudian dihubungi DESAK dan dijemput untuk berbincang bersama barisan kepimpinan persatuan-persatuan pelajar Malaysia lain di Mesir seperti PMRAM, BKAN, SUARA dan ABIM bagi menyatakan bagaimana untuk bersuara dalam menuntut hak mahasiswa yang terancam dalam isu ini.

Tambahan, terdapat segelintir mangsa lain yang menyertai himpunan BERSIH juga yang berkemungkinan dikenakan tindakan seperti pelajar tajaan negeri Terengganu dan Perak.

Sebab Penyertaan PERUBATAN dalam Isu Hak Mahasiswa

1. Memastikan terdapat prosedur dalam mengenakan tindakan seperti memberikan amaran dan surat tunjuk sebab sebelum mengenakan tindakan yang lebih keras dan terburu-buru.
2. Menyatakan kebersamaan dalam isu mahasiswa ini.

Tindakan Sebagai Ahli

1. Ahli diminta bertindak neutral dengan tidak menyinggung mana-mana pihak dalam bentuk lisan mahupun tulisan.
2. Sekiranya disoal, nyatakan bahawa “PERUBATAN tidak bersetuju dengan tindakan terburu-buru dan melulu pihak berkenaan dan tindakan yang diambil perlu dikaji semula”.
3. Perlu ubah mindset kepada ‘mahasiswa berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan ’ dan PERUBATAN berharap agar perkara sedemikian tidak berulang lagi pada masa akan datang.
4. Melaporkan sebarang masalah terus kepada saudara Presiden PERUBATAN sendiri.
5. Mengingati dan mematuhi perjanjian dengan pihak penaja.

Ingin ditegaskan bahawa PERUBATAN tidak menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tetapi PERUBATAN menyertai isu hak mahasiswa demi memelihara hak yang tercabul dan terancam.
desak1
Sila renung hadis sahih berikut yang telah dibincangkan dalam kelas tafaqquh:
Rasulullah SAW bersabda: Tolonglah saudaramu yang menzalimi dan yang sedang dizalimi. Lalu seorang sahabat bertanya: Aku akan menolong orang yang dizalimi, bagaimana pula aku menolong orang yang menzalimi? Jawab Nabi s.a.w.: Engkau halang dia atau engkau cegah dia daripada terus menzalimi, itulah cara untuk menolongnya.
(HR Bukhari dan Ahmad dan Tarmidzi daripada Anas Bin Malik.)

Posted by SiswaLaNie on 9:29 AM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Presiden PERUBATAN Perjelas Isu Hak Mahasiswa

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery