SIASAH

Teliti semula pembuangan pelajar di Mesir

PUTRAJAYA, 29 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak kerajaan Malaysia meneliti kes pembuangan pelajar Mal...

29 Jul 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

BERSIH: KPT didakwa cuba sekat siswa

Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu menyerahkan senarai nama mahasiswa institut pengajian tinggi awam untuk diambil tindaka...

13 Jul 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

GAMIS lancar “Anak Muda Sayang Malaysia”

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (Gamis) melancarkan kempen “Anak Muda Sayang Malaysia”. Kempen tersebut bertujuan untuk memberi pend...

23 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

UUM - miskin sangat ke?

Isu cukai tanah di Universiti Utara Malaysia (UUM) belum berakhir. Pihak UUM masih belum putus asa untuk terus merayu buat kali ke tujuh, m...

14 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

Mahasiswa diseru sertai Hari Kemarahan Rakyat esok

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi...

05 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>
Photobucket KOLUMNIS

Qazaf: Mahasiswa mesti pegang pada prinsip

Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadap...

05 May 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>
Photobucket

TERKINI

PANDANGAN

Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus k...

26 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Terkilan kolej KMR UPM bakal dirobohkan

Tidak ramai yang tahu, tidak ramai yang ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu. Tidak heboh di media arus perdana, supaya masyarakat tak ba...

23 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Belanda perlu menarik balik cadangan untuk mengharamkan penyembelihan secara Islam

Pada 27 Mac 2008 yang lalu, umat Islam seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan filem “Fitna” yang jelas memburukkan Islam dihasilkan ole...

18 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Kerajaan, Parti Politik dan Mahasiswa

Apabila disebutkan politik, ramai khalayak menghalakan maksudnya kepada parti politik. Kefahaman awam secara dasarnya masih kabur dan ku...

04 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Mahasiswa tidak perlu skeptis dalam isu Nuklear

Secara peribadi, saya merasakan isu cadangan untuk membina loji nuklear di Malaysia perlu dinilai secara adil oleh semua pihak. Hal ini pe...

24 Mar 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>
PROGRAM

wacana SISWARAKYAT

wacana SISWARAKYAT " tolak politik jijik " GAMIS akan bawakan wacana politik negara dengan panel : panel 1 : Prof Madya Dr Asri Zai...

12 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Kongres Mahasiswa Nasional 12 Mac

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional akan mengadakan kongres Gerakan Mahasiswa Nasional(KGMN...

09 Mar 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>


KAMPUS

Siswa UM Diberi Surat Amaran

Universiti Malaya, 14 Mei : Berikut adalah senarai terkini (setelah dikemas kini) nama pelajar Universiti Malaya yang telah menerima surat ...

14 May 2011 | Baca Lagi»»>>>
POLITIK

PRK GALAS : 4 siswa di tahan

GUA MUSANG 30 Okt : Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak dan...

30 Oct 2010 | Baca Lagi»»>>>
MAHASISWA

PMRAM Bertemu Pihak Kedutaan Pada 28 Julai 2011

KAHERAH, 27 Julai - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyatakan bahawa pihak PMRAM akan bertemu dengan pihak kedutaan pada...

27 Jul 2011 | Baca Lagi»»>>>
PENDIDIKAN

Pemegang Amanah Dasar Pendidikan Negara

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA10 NOVEMBER 2010 / 3 ZULHIJJAH 1431H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malays...

10 Nov 2010 | Baca Lagi»»>>>
AUKU

AUKU : SUATU PENCERAHAN, BUKAN DOGENGAN!

Pastinya kita sebagai mahasiswa seringkali mendengar suatu kelompok mahasiswa yang sentiasa berjuang untuk memansuhkan AUKU atau Akta Univ...

08 Mar 2011 | Baca Lagi»»>>>
PRO MAHASISWA

Pelajar Pro M UPM disingkir kolej kediaman

SERDANG, 23 April: Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 ahli Pro Mahasiswa (Pro M) disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malays...

23 Apr 2011 | Baca Lagi»»>>>
ISU SEMASA

Kenyataan PERKASA berbaur hasutan, GAMIS buat laporan polis

Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Kumpulan Anak Muda Sayang Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubu...

02 Jul 2011 | Baca Lagi»»>>>
STUDENT POWER

'Student Power': UM tolak penganjuran individu

Bahagian Hal Ehwal Universiti Malaya (HEP UM) hari ini menolak permohonan seorang pelajarnya untuk menganjurkan syarahan umum forum 'Stude...

20 Aug 2010 | Baca Lagi»»>>>

My Blog List


Parlimen mahasiswa sekadar boneka

Semasa diumumkan mengenai penubuhan parlimen mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM), saya bersama rakan-rakan berasa teruja. Timbul persoalan di benak, apakah implementasi parlimen mahasiswa ini adalah fasa pencerahan bagi mahasiswa yang sudah sekian lama hak dan autonomi mereka dinafikan?

Namun setelah beberapa penelitian dan kajian dibuat antara saya dan rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) berserta wakil Perwakilan Pelajar daripada USM, parlimen mahasiswa dan pelaksanaannya amat menghampakan.

Boleh saya katakan, Parlimen Mahasiswa tidak ubah seperti boneka.

Mahasiswa perlu celik meneliti perkara dasar bahawa Parlimen Mahasiswa masih berada di bawah telunjuk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Maka jelaslah mahasiswa masih terikat dengan perkara 15, perkara 16 malah masih ditadbir di bawah seorang Naib Canselor yang mempunyai kuasa veto untuk memutuskan apa saja.

AUKU secara tidak langsung memberi kesan terhadap ruang lingkup perbahasan dan perbincangan di dalam parlimen mahasiswa.

Walaupun di sebut bahawa fungsi dewan ialah untuk membahaskan isu-isu semasa yang berlaku di peringkat luar kampus iaitu di peringkat nasional dan antarabangsa, namun persoalannya sejauh manakah perbahasan itu akan berlaku secara bebas tanpa disekat?

Sebagai contoh, di dalam 'standing order' Dewan Perundingan Pelajar di Bahagian 3 (Peraturan-peraturan berbahas) perkara 40 (5) (b) menyebut bahawa adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan membangkitkan perasaan anti kerajaan dan negeri.

Lalu bagaimana mahasiswa sebagai entiti intelektual di dalam negara boleh berfungsi sebagai agen semak imbang terhadap dasar-dasar negara? Apakah mengkritik dasar negara dianggap anti kerajaan?

Setelah 40 tahun AUKU mencengkam mahasiswa, perkara apa pun yang ditubuhkan bertujuan memuaskan hati mahasiswa adalah boneka. Parlimen mahasiswa model USM menerima nasib yang sama seperti sudut pidato yang diusahakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Lalu, bagaimanakah model parlimenmMahasiswa yang diidamkan?

Hanya 3 falsafah utama:
  • Autonomi
  • Kebebasan dan
  • Demokrasi
Selagi mana ketiga-tiga falsafah ini tidak diimplementasi dalam Parlimen Mahasiswa, maka badan ini selamanya menjadi tidak relevan dan layak dipandang sepi oleh mahasiswa.

Penulis adalah YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya

Posted by SiswaLaNie on 4:27 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Parlimen mahasiswa sekadar boneka

Leave comment



Photo Gallery