KAHERAH, 27 Julai - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyatakan bahawa pihak PMRAM akan bertemu dengan pihak kedutaan pada 28 Julai 2011 di Mohandessin berhubung isu mahasiswa.
Pertemuan itu dibuat apabila pihak KBMK meminta untuk PMRAM datang berjumpa bagi menyatakan beberapa perkara penting hasil pejumpaan dengan Syeikuhl Azhar pada Isnin lalu.
Bahkan ia rentetan ekoran perjumpaan pihak PMRAM yang
diwakili oleh Presiden PMRAM bersama Dr
Umar Abdullah
Kamil pada 27
Julai di mana Dr
Umar Abdullah
Kamil meminta untuk diadakan pejumpaan antara PMRAM dengan KBMK bagi membincangkan segala masalah yang
berlaku.
"
Beliau (Dr
Umar Abdullah
Kamil)
sendiri telah menghubungi saya bagi meminta pertemuan antara PMRAM dengan pihak KBMK.
Selain itu, beliau
telah menghubungi Syeikhul
Azhar dan Rektor
Azhar mengenai
perkara ini," jelas
Presiden PMRAM.
"Justeru,
PMRAM menghormati permintaan dan nasihat yang diberikan
oleh beliau. Kita bersetuju
untuk berjumpa dan
telah membalas jawapan email
pihak KBMK mengenai
pertemuan pada 28
Julai 2011
di Mohandessin," tambah beliau lagi.
Apa yang
penting bagi PMRAM,
isu mahasiswa dapat diselesaikan
dengan cara yang baik dan profesional
bagi membuka lembaran yang baru sebagaimana yang dipinta
oleh Dr
Umar Abdullah
Kamil.

Semasa diumumkan mengenai penubuhan parlimen mahasiswa di Universiti Sains Malaysia (USM), saya bersama rakan-rakan berasa teruja. Timbul persoalan di benak, apakah implementasi parlimen mahasiswa ini adalah fasa pencerahan bagi mahasiswa yang sudah sekian lama hak dan autonomi mereka dinafikan?
Namun setelah beberapa penelitian dan kajian dibuat antara saya dan rakan-rakan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) berserta wakil Perwakilan Pelajar daripada USM, parlimen mahasiswa dan pelaksanaannya amat menghampakan.
Boleh saya katakan, Parlimen Mahasiswa tidak ubah seperti boneka.
Mahasiswa perlu celik meneliti perkara dasar bahawa Parlimen Mahasiswa masih berada di bawah telunjuk Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Maka jelaslah mahasiswa masih terikat dengan perkara 15, perkara 16 malah masih ditadbir di bawah seorang Naib Canselor yang mempunyai kuasa veto untuk memutuskan apa saja.
AUKU secara tidak langsung memberi kesan terhadap ruang lingkup perbahasan dan perbincangan di dalam parlimen mahasiswa.
Walaupun di sebut bahawa fungsi dewan ialah untuk membahaskan isu-isu semasa yang berlaku di peringkat luar kampus iaitu di peringkat nasional dan antarabangsa, namun persoalannya sejauh manakah perbahasan itu akan berlaku secara bebas tanpa disekat?
Sebagai contoh, di dalam 'standing order' Dewan Perundingan Pelajar di Bahagian 3 (Peraturan-peraturan berbahas) perkara 40 (5) (b) menyebut bahawa adalah salah pada peraturan menggunakan perkataan-perkataan membangkitkan perasaan anti kerajaan dan negeri.
Lalu bagaimana mahasiswa sebagai entiti intelektual di dalam negara boleh berfungsi sebagai agen semak imbang terhadap dasar-dasar negara? Apakah mengkritik dasar negara dianggap anti kerajaan?
Setelah 40 tahun AUKU mencengkam mahasiswa, perkara apa pun yang ditubuhkan bertujuan memuaskan hati mahasiswa adalah boneka. Parlimen mahasiswa model USM menerima nasib yang sama seperti sudut pidato yang diusahakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Lalu, bagaimanakah model parlimenmMahasiswa yang diidamkan?
Hanya 3 falsafah utama:
- Autonomi
- Kebebasan dan
- Demokrasi
Selagi mana ketiga-tiga falsafah ini tidak diimplementasi dalam Parlimen Mahasiswa, maka badan ini selamanya menjadi tidak relevan dan layak dipandang sepi oleh mahasiswa.
Penulis adalah YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) membidas tuduhan yang dilemparkan oleh beberapa pihak mengenai mahasiswa/wi Malaysia yang menuntut pengajian di Mesir khususnya di Universiti Al-Azhar lemah dalam berbahasa Arab.
Baru-baru ini juga kenyataan tersebut dimainkan di peringkat Malaysia apabila Datuk Khalid Nordin, Menteri Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan peperiksaan kelayakan (Imtihan Qabul) akan diadakan di Malaysia bagi mana-mana individu yang mahu melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.
Tuduhan tersebut telah menimbulkan kontroversi ramai pihak kerana ia melibatkan imej dan kredibiliti Universiti Al-Azhar yang bertaraf dunia dan merupakan pusat ilmu bagi Umat Islam.
Hal ini demikian kerana universiti yang telah melahirkan ribuan ulama terkini seolah-olah gagal dalam menyampaikan ilmu Islam yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Arab.
Tambahan pula, tuduhan tersebut menyatakan bahawa mahasiswa/wi Malaysia yang berada di Mesir 'malas' ekoran pengangkutan yang susah didapati dan pensyarah yang mengajar tidak menggunakan bahasa Arab yang fasih sebaliknya menggunakan bahasa Arab tempatan (lahjah ammiah).
PMRAM memandang tuduhan tersebut adalah tidak tepat kerana ia tidak mengambarkan suasana sebenar bagi penuntut-penuntut Universiti Al-Azhar di Mesir. Sedangkan sejak akhir-akhir ini kita melihat kebanyakkan kelas-kelas pengajian sama ada yang dilangsungkan di kuliah mahupun di luar kuliah didominasi oleh penuntut-penuntut Malaysia.
Begitu juga, kelas-kelas tafaqquh yang dianjurkan di peringkat negeri masing-masing makin bertambah. Ini jelas membuktikan budaya cintakan ilmu makin menebal dalam jiwa mahasiswa/wi Malaysia di sini.
Kegagalan penuntut-penuntut Malaysia menghabiskan pengajian mereka di Al-Azhar dalam jangka masa 4 tahun tidak boleh dijadikan bukti bahawa mereka ini lemah bahasa Arab. Sedangkan sistem pengajian dan peperiksaan ini amat berbeza dengan sistem yang digunapakai di negara kita. Justeru adalah tidak adil sekiranya kita melihat perkara tersebut sebagai ukuran utama bagi membuktikan kelemahan mereka dalam bahasa Arab.
PMRAM yang merupakan persatuan induk pelajar-pelajar Malaysia di sini sudah sekian lama mengambil inisiatif membantu pelajar dalam meningkatkan ilmu pengetahuan dan juga kecemerlangan akademik.
Pelbagai program yang menjurus ke arah tujuan tersebut telah dilaksanakan saban tahun antaranya ialah :
1) Mengadakan pengajian ilmiah bersama para Ulama'-Ulama' besar Al-Azhar
3) Mengadakan Majlis Pembacaan Hadis Kutub Sittah bersama Ulama’ Al-Azhar
4) Melaksanakan kelas tutorial berpusat dan memantau perjalanan study group di kalangan ahli
5) Mengadakan bengkel cara-cara menjawab soalan kepada mahasiswa baru
6) Mengadakan peperiksaan Pra-Imtihan Qabul sebagai medan latihan untuk menguji dan mengenalpasti tahap pencapaian mahasiswa baru sebelum menduduki Imtihan Qabul yang sebenar.
7) Mengadakan kelas tafaqquh khas bagi pelajar yang gagal dalam Imtihan Qabul.
8) Polisi persatuan yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari berbahasa Arab.
9) Bekerjasama dengan markaz-markaz bahasa di Kaherah dalam melaksanakan kelas pengukuhan bahasa Arab
Justeru, PMRAM amat mengharapkan agar semua pihak mengkaji dan menilai semula fakta mengenai dakwaan yang dilemparkan serta lebih banyak membuka ruang dan peluang kepada para pelajar untuk terus belajar di bumi Mesir ini seterusnya dapat mencurahkan bakti kepada negara sekembalinya ke tanah air kelak.
KAHERAH, 29 Mac - Seorang mahasiswi telah diacukan sebilah pisau ketika sedang menunggu kawannya di luar rumah sewa yang berdekatan dengan Kompleks Haiyyu A'syir pagi tadi.
Kejadian berlaku diantara jam 7.30 sehingga 8.30 pagi ketika beliau sedang menelefon kawannya dan telah didatangi dua orang lelaki asing yang berada tidak jauh dengannya.
Ketika dihubungi wakil pelajar tersebut, mangsa telah menyedari yang lelaki terbabit sedang memegang sebilah pisau dan apabila mangsa menjerit meminta tolong mereka terus mengacukan pisau kepadanya, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan kemudian telefonnya dirampas. Mangsa kini dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan.
Berikutan kejadian ini, HEWI PMRAM Pusat menasihatkan agar mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di dalam mahupun diluar rumah. Diingatkan juga mengikuti pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan sebelum ini.
Semua pihak menyuarakan kebimbangan masing-masing terhadap masalah sosial yang melanda masyarakat, tetapi bagi sebahagian mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM), subjek itu diangkat melalui cara lebih kreatif, iaitu persembahan teater.

Memilih naskhah pengarah terkenal Aminah Raphor berjudul "Tanah Bernanah", sekumpulan mahasiswa Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik universiti itu akan menjayakannya di Auditorium Muzium Negara, Kuala Lumpur bermula 1 April depan.
"Dalam teater ini, banyak isu diangkat. Ia memaparkan pergolakan dalam masyarakat, yang turut melibatkan mahasiswa," kata jurucakapnya Zaryzar Jaafar sambil memberitahu sasaran utama mereka adalah golongan muda.
Zaryzar berkata kesemua tenaga produksinya terdiri daripada pelajar yang sekali gus dipercayai dapat membentuk mereka lebih matang menghadapi cabaran dan membentuk displin diri.
Tanah Bernanah mengisahkan kehidupan sosial di sebuah setinggan yang menyedihkan sehingga ada daripada mereka mencari rezki dengan berkhidmat sebagai "tukang tilik tapak tangan lelaki" atau pelacur.
Dipentaskan selama tiga hari, teater bercorak realisme sepanjang 90 minit itu diarahkan oleh pelakon muda Harith Shah Idris Hamshah yang pernah teribat menjayakan beberapa drama, antaranya
Tersasar Di Jalanmu karya Erma Fatima.
TARIKH:
1 APRIL 2011 (8.30 MALAM)
2 APRIL 2011 (8.30 MALAM)
3 APRIL 2011 (3.00 PETANG & 8.30 MALAM)
...TEMPAT:
AUDITORIUM MUZIUM NEGARA, KUALA LUMPUR
TIKET:
RM 10 RINGGIT
~~ SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI DI TALIAN 017-6044579 & 013-3156601 ~~
SINOPSIS....
Anjah dan Minah ialah dua orang budak yang tinggal di sebuah perkampungan setinggan, di pinggir sebuah kota. Penduduk kampung ini terdiri daripada masyarakat kelas bawahan dengan latar belakang sosial yang menyedihkan.
Suatu hari ketika Anjah dan Minah bermain-main, Anjah memberitahu minah bahawa dia tidak menghadapi kesulitan untuk tinggal di tempat lain jika ’orang-orang’ datang menghalau mereka kerana ibunya mempunyai pekerjaan. Kata Anjah ibunya bekerja sebagai ’tukang telek tapak tangan’. Ibunya menelek tapak tangan lelaki sahaja di dalam bilik. Malah ibunya menyuruh Anjah keluar bermain-main seorang diri kerana ada pelanggan (ibu Anjah sebenarnya seorang Pelacur).
Majlis Perwakilan Pelajar Gabungan Mahasiswa UKM (MPP GMUKM) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Penerbit rancangan 'Wanita Hari Ini' di saluran televisyen TV3 yang kelmarin menerbitkan segmen bual bicara tersebut bertajuk , "Salahkah Besarkan Payudara?".
Selaku jurubicara masyarakat Malaysia yang sensitif, kami di peringkat MPP GMUKM amat kecewa di atas tindakan Penerbit rancangan tersebut yang kurang sensitif dengan isu-isu yang masih menjadi taboo dan kurang beretika untuk dibincangkan secara terbuka seperti rancangan bual bicara tersebut.
Kami juga mengecam aksi nakal jurukamera rancangan tersebut yang kelihatan sengaja memfokuskan kepada payu dara pengacara dan tetamu jemputan semasa segmen itu berjalan secara langsung.
Kelibat paparan visual yang memfokuskan kepada bentuk payu dara semasa segmen berlangsung tersebut turut dilihat tidak sesuai kerana ia ditonton oleh segenap lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak.
Kami selaku MPP GMUKM yang kecewa dengan tindakan yang bercanggah dengan norma dan moral masyarakat Malaysia dengan ini menggesa Penerbit rancangan serta jurukamera segmen tersebut kelmarin untuk tampil memberi penjelasan dan memohon maaf di atas tindakan yang jelas menyalahi etika kewartawanan yang sebenar.
KENYATAAN BERSAMA
Muhamad Faiz b Ismail, MPP Umum 3/4
Muhammad Syafiq b Abdul Aziz, MPP Umum 3/4
Ou Yong Koh Beng, MPP Fakulti Undang-Undang
Wan Ahmad Fahmi b Wan Abdul Hamid, MPP Fakulti Pendidikan 1/2
Khairul Anuar b Mat Lazim, MPP Fakulti 3/4
Nik Ahmad Syafie b Raja Daud, MPP Fakulti Pengajian Islam 3/4
Mohd Zaim Juwaidi b Jamaluddin, MPP Fakulti Pengajian Islam 1/2
Nabilah bt Mohamad Maiyidin, MPP Umum 3/4
Alia Suzana bt Asri, MPP Umum 3/5
Mariah bt Zakaria, MPP Fakulti Farmasi
Sarzliana bt Soaidin, MPP Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina 3/4
Nasiha bt Omar, MPP Fakulti Perubatan 1/2
Farih Najihah bt Hashim, MPP Fakulti Perubatan 3/5
Nur Ili bt Mohamad Tarmizi, MPP Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu 3/4
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Sebagai mana kita ketahui Pilihan raya Kecil Dun Tenang bakal menjengah beberapa hari lagi. Pelbagai isu ditimbulkan oleh mana-mana parti yang bakal bertanding di kerusi itu, tidak kira dari pihak Kerajaan mahupun Pakatan Rakyat. Kedua-dua pihak mengatur strategi bagi menawan kerusi ‘tenang’ tersebut kerana rekod pilihan raya yang lepas-lepas, Dun Tenang merupakan kubu kuat Umno dan Barisan Nasional. Andai terkulai barisan kubu tersebut di tangan Pakatan Rakyat, ia merupakan isyarat jelas kepada angin perubahan rakyat negeri Johor kepada Pakatan Rakyat.

Namun, di celah ketidaktenangan kedua-dua pihak, jentera mahasiswa jua kian tidak ‘tenang’ dengan tempoh jangka masa 2 minggu dari sekarang. Hal ini kerana Pilihan raya Kampus bakal muncul lagi dalam diari mahasiswa pada sesi kali ini.
Bahang Pilihanraya Kampus sesi kali ini pasti lebih hangat dari biasa kerana jika benar analisis kebanyakan penganalisis politik mengatakan Pilihan raya Umum bakal menjengah pada tahun ini, tahun 2011 sebagai angka keramat kepada PM Datuk Seri Najib, maka kemenangan jentera Pro-Mahasiswa di seluruh kampus IPTA mahupun IPTS merupakan isyarat jelas kepada Kerajaan bahawa anak-anak muda bakal menolak Kerajaan sedia ada sekarang.
Indikator seperti ini bakal merungsingkan lagi jentera pihak Pro-Aspirasi yang pastinya bakal menyusun strategi untuk menumbangkan jentera Pro-Mahasiswa yang kian terkesan di kalangan mahasiswa berbanding agen-agen Pro-Aspirasi yang hanya menjadi ‘pak turut’ pihak pentadbiran universiti.
Bahang kali ini ditambah dengan tuntutan seluruh jentera Pro-mahasiswa kepada pihak universiti untuk memberi autonomi dan autoriti penuh kepada mahasiswa untuk mengendalikan pilihan raya andai mereka benar-benar telus dan ikhlas memberi ruang kebebasan kepada mahasiswa. Di samping mendapat pantauan dari badan bebas seperti Pemantau Pilihan raya Bersih dan Adil (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang diberi kebenaran dan kebebasan untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya kampus kali ini.
Dan umum mengetahui, pencabulan terhadapa mahasiswa telah pun berlaku setelah system e-voting diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Maka tuntutan seperti ini wajar dalam menuntut Pilihan raya Kampus yang adil dan telus.
Walau bagaimanapun, tindakan mewujudkan system e-voting dilihat kurang bijak kerana memakan diri sendiri apabila jentera Pro-Mahasiswa berjaya juga menawan kampus-kampus seperti di UIA dan UM pada sesi yang lepas. Isyarat ini jelas bahawa mahasiswa sudah jelek dengan strategi kotor oleh mereka dalam menyekat kemaraan mahasiswa di peringkat universiti mahupun nasional.
Di samping itu, Pro-Mahasiswa di Lembah Klang meramalkan Pilihanraya Kampus bakal berlaku selaras di seluruh kampus pada hujung Januari atau awal Februari depan. Kebanyakan Majlis Perwakilan Pelajar di setiap kampus bakal membubarkan sesi kepimpinan bermula minggu ini sehingga hujung bulan ini.
Situasi ini pasti bakal menggentarkan Pro-Aspirasi untuk berhadapan seluruh mahasiswa dalam Mesyuarat Agung Tahunan kerana banyak manisfesto yang ditabur di kampus-kampus yang mereka kuasai hanya tinggal omongan kosong. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan janji-janji kosong oleh pihak mereka. Kebajikan mahasiswa tetap terabai!
KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).
Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan hanya sekadar berlegar di kalangan mahasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.
Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.
Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.
"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.
Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.
Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.
Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.
Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Datuk Mukriz Tun Mahathir dalam kenyataan beliau sewaktu berucap di hadapan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi menyatakan bahawa mahasiswa perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.
Sehubungan itu, kita melihat kenyataan Timbalan Menteri tersebut adalah tidak relevan dan tidak berpijak di bumi yang nyata.
Mana mungkin kita mampu membuat perbandingan sebegitu rupa. Setiap negeri berbeza dari segi kekayaan sumber ekonomi, taraf hidup rakyat, malah dasar urus tadbir negeri dan sebagainya.
Seumpama kita membanding antara Negeri Perlis dengan Negeri Selangor, atau antara Negeri Pulau Pinang dengan Negeri Sabah atau Serawak. Adalah perbandingan seperti ini adil?
Mahasiswa mahu pun rakyat lebih menilai bagaimana negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat kini berbanding Barisan Nasional sebelumnya.
Sebagai contoh di Selangor, kita di peringkat mahasiswa sentiasa mengikuti setiap perkembangan yang berlaku. Malah perkembangan terbaru yang menarik perhatian mahasiswa adalah berkenaan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang didakwa ke mahkamah atas tuduhan rasuah awal bulan ini.
Selain itu, kenyataan Datuk Mukriz bahawa kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung untuk menyokong pembangkang adalah tidak tepat. Kenyataan tersebut merupakan sangkaan buruk yang ditabur kepada golongan mahasiswa yang dilihat tidak sealiran dengan kerajaan Barisan Nasional.
Sehingga kini mahasiswa masih bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik baik dari BN atau PR.
Beberapa isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa seperti desakan agar dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), PTPTN, isu kenaikan harga barang, menghapuskan rasuah dalam urus tadbir negara dan banyak lagi perkara yang pernah disuarakan sebelum ini adalah suara dari mahasiswa sendiri. Mahasiswa memperjuangkan bukan hanya berkisar mengenai isu-isu kampus tetapi turut sama bersuara untuk hak rakyat dan demi kebaikan Malaysia.
Namun, saya akui bahawa tidak mustahil selagi beberapa perkara yang dituntut dan diketengahkan oleh mahasiswa selama ini tidak diendahkan, selagi itu mahasiswa akan menjauhkan diri dari kerajaan Barisan Nasional.
Sekian
Mohamad Izzuddin Hilmi Bin Mohamad Zaini
Pengerusi,
Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), buat julung-julung kalinya akan menganjurkan perhimpunan terbesar mahasiswa dari pelbagai institusi pengajian tinggi dari seluruh Malaysia pada 1 Januari depan di Padang Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Simboliknya, himpunan yang bertemakan "Mahasiswa Untuk Malaysia" akan menghimpunkan 1,111 mahasiswa sebagai simbolik kepada tarikh himpunan serta ketibaan tahun baru iaitu 1 Januari 2011.
Menurut Pengarah program terbabit, Mohd Ezuan Saad, himpunan yang disertai lebih 50 institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta itu diharap dapat membawa mahasiswa turun ke lapangan masyarakat serta memainkan peranan penting dalam pemerintahan negara.
"Himpunan ini diharapkan dapat berperanan sebagai medan kapada setiap mahasiswa di seluruh negara untuk tampil dengan wajah dan nafas baru yang lebih dinamik pada tahun baru 2011.
"Maka kami mahu para mahasiswa terus memainkan peranan yang dominan di dalam masyarakat serta politik dalam negara kita," katanya ketika sidang media di Gazebo berdekatan Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya.
Katanya, program yang dijalankan lebih santai malah dana untuk himpunan ini ditanggung sepenuhnya oleh GAMIS sendiri.
Jurucakap GAMIS, Ahmad Shukri Kamaruddin pula berkata setakat ini permit untuk himpunan tersebut belum diperolehi dan perbincangan sedang giat dijalankan dengan pihak polis.
Malah katanya, GAMIS masih menunggu respon daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah untuk merasmikan program itu nanti.
"Petang ini kami akan bertemu pihak berkuasa untuk membincangkan mengenai permit. Kami juga menjemput Datuk Saifuddin dan masih menunggu maklum balas daripada beliau," jelasnya.