Photobucket Photobucket


My Blog List


56 Peratus Mahasiswa UPM Sokong Mahasiswa Berpolitik

56% mahasiswa Universiti Putra Malaysia menyokong usaha untuk membenarkan mahasiswa berpolitik. Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengerusi Pro Mahasiswa UPM, Saudara Syed Syafiq kepada unit media Pro-M UPM malam tadi.

“Hasil dapatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa mahasiswa UPM sememangnya cukup terbuka dalam hal ini. Mereka bukanlah golongan ‘tidak matang’ seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik, ia bukan bermaksud mereka semua diwajibkan berpolitik. Bagi mereka yang berminat dialu-alukan. Mereka yang tidak berminat pula tiada paksaan untuk terlibat.” ujar beliau ketika ditemui sewaktu membentangkan hasil kajian tersebut.

Hasil kajian yang dibuat ke atas 1245 orang responden menunjukkan 92% peratus dari mereka yang bersetuju menyatakan mahasiswa yang terlibat dengan politik perlu dengan bersyarat. Manakala, selebihnya bersetuju membenarkan mahasiswa berpolitik tanpa dikenakan sebarang syarat.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kehadiran Puteri UMNO sewaktu majlis bersahur bersahur bersama pemimpin negara minggu lepas, saudara Syed Syafiq berkata,

“Sekiranya pihak pentadiran boleh memberi kebenaran kepada UMNO untuk masuk ke dalam kampus. Tiada sebab mengapa parti-parti politik yang lain tidak dibenarkan masuk ke dalam kampus.”

Posted by SiswaLaNie on 1:50 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for 56 Peratus Mahasiswa UPM Sokong Mahasiswa Berpolitik

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery