Photobucket Photobucket


My Blog List


UITM haramkan "student power"


psm indepence forum 300807 fahmi rezaMengikut perancangan Fahmi Reza sepatutnya berucap di kampus UiTM di Puncak Perdana, semalam tetapi mereka dihalang.

Menurut seorang penganjur yang juga seorang pelajar UiTM, seorang pensyarahnya memaklumkan pagi semalam, bahawa ceramah itu tidak dapat diteruskan kerana ia tidak mendapat kebenaran universiti.

"Pensyarah saya dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar mendapat tahu berhubung majlis itu dan mereka mengarahkan kami supaya tidak mengadakannya,” kata pelajar itu yang tidak mahu dikenali kerana khuatir akan dikenakan tindakan.
KatNONEanya, semua pelajar termasuk pensyarah diwajibkan menulis kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar untuk kebenaran jika mereka bercadang menjemput pihak luar sebagai tetamu pada majlis yang dianjurkan.


Bagaimanapun, tambahnya, dia tidak berbuat demikian kerana beranggapan bahawa ceramah itu satu majlis kecil yang diadakan di kalangan kawan-kawannya dari fakulti yang berlainan.


"Mungkin judul ceramah itu 'Student Power' (kuasa pelajar) menakutkan mereka,” katanya kepadaMalaysiakini.

Tindakan Uitm itu tidak mematahkan semangat penganjur untuk meneruskan majlis mereka.

Majlis itu yang dijadualkan pada 5 petang itu kemudiannya ditunda kepada 6.30 petang bagi memberi tempoh mencukupi bagi peserta dimaklumkan berhubung pertukaran tempat .

NONE

Kumpulan pelajar itu kemudian berjaya mengumpulkan RM100 sesama mereka dan menyewa sebuah dewan kecil di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor di Seksyen 7, Shah Alam kira-kira 20km dari kampus.


Menurut pembikin filem itu, Fahmi, ceramahnya itu berjaya menarik penyertaan 30 peserta yang “memberanikan pelbagai rintangan dan halangan oleh universiti” ke majlis berkenaan.

Posted by SiswaLaNie on 11:06 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for UITM haramkan "student power"

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery