Photobucket Photobucket


My Blog List

GMUKM persoal kredibiliti pentadbiran UKM

BANGI, 22 Okt: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) berpandangan isu penglibatan dua orang siswa UKM dalam Perhimpunan Agung Umno di PWTC sebagai suatu perkara yang harus dipandang serius oleh semua pihak khususnya pentadbiran universiti.

Pengerusinya, Mohd Hafiz Abdul Razak berkata, siswa tersebut dipercayai daripada Fakulti Pengajian Islam serta Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina UKM didapati telah mengambil bahagian dalam perbarisan perasmian Perhimpunan Agung Umno yang kini sedang berlangsung.

“Kami di peringkat Gabungan Mahasiswa UKM berpendirian bahawa pihak pentadbiran UKM harus menjalankan siasatan secepat mungkin demi menjawab segala persoalan yang timbul tentang isu ini,” ujarnya.

Tambahnya, pihak pentadbiran UKM perlu membuat penjelasan bagaimana sebuah universiti yang sepatutnya bersifat non-partisan tetapi bertindak pihak tertentu mempergunakan siswa dalam program parti politik mereka.

Selain itu, ujarnya, pihak pentadbiran universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu memberi penjelasan sama ada mahasiswa tersebut akan diambil tindakan sama seperti kes UKM4 yang didakwa di bawah Auku.

GMUKM juga, katanya menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Datuk Seri Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes itu.

“Pihak Kementerian Pengajian Tinggi perlu menubuhkan suruhanjaya siasatan khas untuk menyiasat dakwaan bahawa ada kakitangan pentadbiran UKM terang-terangan pernah menyatakan sokongan terhadap sebuah parti politik dalam sebuah majlis rasmi di UKM,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, GMUKM turut bersimpati dengan nasib kedua orang siswa itu yang jelas dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu atas kepentingan agenda politik mereka.

Tambahnya, kedua orang siswa tersebut tidak harus diarahkan ke program tersebut atas kapasiti badan beruniform yang dianggotai mereka kerana ia dilihat mencabuli etika disiplin badan beruniform tersebut yang seharusnya bersifat non-partisan.

“Justeru di sini GMUKM berpendirian tegas bahawa mahasiswa tidak wajar dijadikan alat parti politik kerana mahasiswa itu ada idealismenya tersendiri dan seharusnya bebas daripada cengkaman mana-mana parti politik,” katanya lagi.

GMUKM juga, ujarnya amat berharap kampus UKM akan sentiasa mengekalkan identiti universiti itu sendiri sebagai pusat ilmu yang unggul.

Posted by SiswaLaNie on 5:24 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

1 comments for GMUKM persoal kredibiliti pentadbiran UKM

  1. Anonymous

    artikel ni tak lengkap..kena nyatakan semua fakta bukan auta...badan uniform apa?
    kalau menulis dan sembunyikan sesetengah fakta dgn harapan untuk lihat pihak lain dihukum, itu bukan berjiwa besar namanya..

    itu manipulasi fakta utk kepentingan organisasi sendiri..kalau mcm ni tahap perjuangan mahasiswa, mngharapkn org lain jatuh supaya diri sendiri menang, maka perjuangan korang separuh jalan je...

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery