Photobucket Photobucket


My Blog List

Minyak Naik : Rakyat Terbeban Mahasiswa Tertekan

1. Kenaikan harga petrol pada beberapa hari lepas adalah bebanan yang tidak sepatutnya ditanggung oleh rakyat.

2. Adalah pemahamam umum bahawa seandainya subsidi petrol dikurangkan, harganya akan naik dan mengakibatkan kenaikan harga barang secara tidak langsung.

3. GDP negara pada suku ketiga 2010 (5.3%) menyusut teruk berbanding suku pertama (10.1%) menjadi indikator jelas bahawa ekonomi negara tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih.

4.Pada masa yang sama, umum juga mengetahui bahawa Malaysia adalah negara pengeluar minyak.

5. Kekayaan hasil negara yang dipunggah oleh individu tertentu di kala ekonomi negara berada dalam tahap merisaukan dan harga barang yang kian melambung adalah suatu pengkhianatan terhadap amanah rakyat.

6. Mahasiswa hari ini telah berhimpun di Putrajaya, menyatakan sokongan mereka kepada rakyat yang kian terbeban dan disusahkan oleh tindak-tanduk Pemerintah yang tidak peduli akan keadaan rakyat.

7. Slogan "Rakyat Didahulukan" adalah tidak lebih dari sekadar retorik politik untuk menggula-gulakan penyokong-penyokong yang buta politik dan menyokong secara buta tuli.  Walhal hakikatnya, rakyat tidak pernah berada pada konsiderasi nombor wahid.

8. Mahasiswa hari ini mengecam dengan tegas tindakan Pemerintah yang telah gagal membaca isyarat dari akar umbi dan terus-terusan berlagak seolah-olah mereka raja di negara ini, tanpa mengambil peduli suara dan kuasa rakyat.
9. Mahasiswa hari ini mengutuk tindakan pihak aparat keamanan yang telah menahan mahasiswa-mahasiswa yang hadir untuk menyampaikan keluh kesah rakyat kepada Pemerintah.

10. Mahasiswa hari ini berasa kesal dengan sikap Pemerintah yang menutup mata dan telinga dari mendengar masalah rakyat, dan sebaliknya mementingkan tembolok dan perut masing-masing.

11. Mahasiswa tidak akan pernah apologetik apabila menyatakan bahawa Pemerintah akan ditumbangkan dalam pilihanraya umum akan datang, bersabit perbuatan-perbuatan mereka akhir-akhir ini.

12. Mahasiswa terus bertegas bahawa Pemerintah perlu insaf dan sedar diri, bahawa jawatan dan kuasa itu adalah amanah yang perlu ditadbir secara amanah juga.  Ketirisan akibat salah laku dan salah guna kuasa pihak Pemerintah adalah penyebab kepada kebangkitan rakyat tertindas; dan Mahasiswa akan tetap terus memberi tekanan agar nasib rakyat ini terbela.

13. Mahasiswa akan tetap terus menjadi jurubicara rakyat, sehingga ketikanya Pemerintah sedar bahawa mereka sudah tersalah arah apabila menerima gaji yang datang dari titik peluh rakyat, namun membelasah dan membebankan rakyat hari demi hari.

14. Mahasiswa turut berarap agar anak-anak Mahasiswa yang ditahan pihak aparat keamanan:
a.Mohd Ridzuan Othman,
b.Ahmad Shukri Abdul Razak, dan
c.Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli; dibebaskan serta-merta tanpa syarat.

15. Perbuatan menahan anak Mahasiswa di Putrajaya ini dilihat sebagai keangkuhan pihak Pemerintah Barisan Nasional.  Putrajaya, sebagai lambang kekuasaan Barisan Nasional seolahnya adalah tanah suci yang tidak boleh dijejak hamba rakyat yang mahu menyuarakan rasa kesal atas sikap pimpinan parti itu.

16. Mahasiswa sedia berikrar, seandainya Pemerintah dari Barisan Nasional tidak menginsafi diri, Mahasiswa akan bergerak dan menumbangkan kezaliman mereka pada Pilihanraya Umum akan datang demi kebaikan dan kemaslahatan rakyat yang tidak lagi rela dizalimi.

Posted by SiswaLaNie on 1:46 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Minyak Naik : Rakyat Terbeban Mahasiswa Tertekan

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery