Photobucket Photobucket


My Blog List


PERMASIS : kenyataan Timbalan Menteri tersebut adalah tidak relevan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Datuk Mukriz Tun Mahathir dalam kenyataan beliau sewaktu berucap di hadapan Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi menyatakan bahawa mahasiswa perlu membandingkan apa yang dibuat oleh kerajaan di bawah Barisan Nasional dan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, kita melihat kenyataan Timbalan Menteri tersebut adalah tidak relevan dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mana mungkin kita mampu membuat perbandingan sebegitu rupa. Setiap negeri berbeza dari segi kekayaan sumber ekonomi, taraf hidup rakyat, malah dasar urus tadbir negeri dan sebagainya.

Seumpama kita membanding antara Negeri Perlis dengan Negeri Selangor, atau antara Negeri Pulau Pinang dengan Negeri Sabah atau Serawak. Adalah perbandingan seperti ini adil?

Mahasiswa mahu pun rakyat lebih menilai bagaimana negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan yang diterajui oleh kerajaan Pakatan Rakyat kini berbanding Barisan Nasional sebelumnya.

Sebagai contoh di Selangor, kita di peringkat mahasiswa sentiasa mengikuti setiap perkembangan yang berlaku. Malah perkembangan terbaru yang menarik perhatian mahasiswa adalah berkenaan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang didakwa ke mahkamah atas tuduhan rasuah awal bulan ini.

Selain itu, kenyataan Datuk Mukriz bahawa kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi lebih cenderung untuk menyokong pembangkang adalah tidak tepat. Kenyataan tersebut merupakan sangkaan buruk yang ditabur kepada golongan mahasiswa yang dilihat tidak sealiran dengan kerajaan Barisan Nasional.

Sehingga kini mahasiswa masih bebas menyuarakan pendapat mereka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik baik dari BN atau PR.

Beberapa isu yang diperjuangkan oleh mahasiswa seperti desakan agar dimansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), PTPTN, isu kenaikan harga barang, menghapuskan rasuah dalam urus tadbir negara dan banyak lagi perkara yang pernah disuarakan sebelum ini adalah suara dari mahasiswa sendiri. Mahasiswa memperjuangkan bukan hanya berkisar mengenai isu-isu kampus tetapi turut sama bersuara untuk hak rakyat dan demi kebaikan Malaysia.

Namun, saya akui bahawa tidak mustahil selagi beberapa perkara yang dituntut dan diketengahkan oleh mahasiswa selama ini tidak diendahkan, selagi itu mahasiswa akan menjauhkan diri dari kerajaan Barisan Nasional.
Sekian

Mohamad Izzuddin Hilmi Bin Mohamad Zaini
Pengerusi,
Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMASIS)

Posted by SiswaLaNie on 8:22 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for PERMASIS : kenyataan Timbalan Menteri tersebut adalah tidak relevan

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery