Photobucket Photobucket


My Blog List


Piala Suzuki AFF 2010 : GAMIS ucap tahniah kepada Malaysia


Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia(GAMIS) mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak Kebangsaan yang berjaya menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala AFF-Suzuki 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam tadi.

Ketua Penerangan GAMIS, Mohd Yusof Hadhari berkata kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang baik bagi pasukan bola sepak negara selepas 14 tahun menunggu untuk muncul sebagai negara keempat merebut kejuaraan itu selepas Singapura, Thailand dan Vietnam.

"Anak-anak buah Raja Gopal berjaya mengikat pergerakan dua penyerang utama Indonesia, Gondalez dan Okto. Pertahanan Malaysia juga agak kukuh mempertahan kubu. Semangat bola sepak akan terus meningkat sekiranya pasukan Malaysia mengekalkan peretasi permainan," katanya.

Ucapan tahniah juga turut dirakamkan kepada pengurusan FAM yang disifatkan telah berjaya memperbaiki kelemahan.

“GAMIS berharap kemenangan itu tidak akan melekakan pemain, jurulatih dan pegawai skuad kebangsaan kerana persaingan tentu akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang. GAMIS tetap bersama menyokong bola sepak negara, juga dalam membina nagara maju dan selamat”. ujarnya lagi.

Sepanjang tujuh edisi sebelum ini, Malaysia hanya sekali berpeluang melangkah ke perlawanan akhir iaitu pada edisi sulung kejohanan yang dahulunya dikenali sebagai Piala Tiger pada 1996.
 

Posted by SiswaLaNie on 11:37 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Piala Suzuki AFF 2010 : GAMIS ucap tahniah kepada Malaysia

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery