Akta Pemulihan Demokrasi
To: DYMM Yg Di-Pertuan Agong DEKLARASI
KEMPEN MEMORANDUMSATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONGPEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASIKEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA
Menyedari bahawa rakyat sedang menghadapi Krisis Kenegaraan dan diambang Kemerosotan Mendadak yang terus memiskinkan dan membebankan kehidupan rakyat akibat;
Krisis Ekonomi yang dilanda gelombang persaingan ekonomi global yang tidak dapat diurus tadbir oleh kerajaan BN yang mengamalkan Kapitalisma Kroni dan Barah Korupsi;
Krisis Sosial yang makin marak dari tiupan api perkauman yang menghakis perpaduan serta muhibbah masyarakat majmuk oleh Dasar Perkauman Sempit pegangan kerajaan BN;
Krisis Politik yang makin melemaskan dan menekan rakyat kerana Ketenatan Demokrasi rekaan kerajaan BN.
Maka Pakatan Rakyat mengangkat suatu rencana dasar dan kebijakan yang menyeluruh untuk membela rakyat melalui Dasar Bersama yang dilandaskan kepada 4 kerangka asas iaitu
+ Demokrasi yang telus dan tulen;+ Memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil;+ Keadilan sosial dan pembangunan insan dan+ Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara
mencirikan iltizam Pakatan Rakyat untuk mengalih hala tuju negara dan bangsa ke landasan yang betul;
TETAPI KERANA MENGINSAFI BAHAWA MASA UNTUK BERTINDAK MENYELAMATKAN NEGARA SEMAKIN SEMPIT SEDANGKAN CABARAN MENDATANG BERGANDA;
Maka Pakatan Rakyat sebagai tanda kesetian kepada Raja, Rakyat dan Negara bersedia menghulurkan kerjasama ikhlas dwi-partisan kepada kerajaan BN untuk bersatu dan bersama didalam membentangkan AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI yang merangkumi enam perkara-perkara pokok seperti berikut;
+ Membatalkan semua Pengistiharan Darurat;+ Memansuhkan semua undang-undang Anti-Demokratik;+ Menunaikan Perjanjian Kemasukan Sabah dan Sarawak kedalam Malaysia;+ Menjaminkan Ketelusan Pilihan Raya Umum;+ Mengembalikan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan;+ Mewujudkan Kebebasan Media;
Yang akan menjaminkan Negara akan dapat dengan kadar segera memperkukuhkan perpaduan, membangunkan daya saing ekonomi berprestasi tinggi yang mampan, pengupayaan modal insan yang berwibawa, pelestarian alam sekitar yang murni dan membina jati diri bangsa Malaysia yang berpaksikan ‘Ketuanan Perlembagaan’, atau seperti yang tertera di dalam Rukun Negara sebagai ‘Keluhuran Perlembagaan’ menjadi satu kenyataan.
Oleh Yang Demikian, Pakatan Rakyat akan mengadakan KEMPEN MEMORANDUM SATU JUTA TANDATANGAN RAKYAT MENYOKONG PEMBENTANGAN DWI-PARTISAN AKTA PEMULIHAN DEMOKRASI KEPADA DYMM YANG DI PERTUAN AGONG MALAYSIA demi Agama, Bangsa dan Negara.
Sekian.Sincerely,The Undersigned
The Akta Pemulihan Demokrasi Petition to DYMM Yg Di-Pertuan Agong was created by Kempen Akta Pemulihan Demokrasi and written by Nurul Izzah Anwar (polsec@nurulizzah.com). This petition is hosted here at www.PetitionOnline.com as a public service. There is no endorsement of this petition, express or implied, by Artifice, Inc. or our sponsors. For technical support please use our simple Petition Help form.