Photobucket Photobucket


My Blog List


Kebobrokan & penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran!

Di KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) & KOLEJ KERIS MAS(KKM) : Kewujudan kaunter/pondok panas (merayu undi) - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen  tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat mengundi

Di KOLEJ BURHANUDDIN YAAKOB (KBH) :

(a) Pembantu (yang juga staf pentadbiran KBH) di kaunter pembuangan Undi didapati mengambil nombor-nombor siri - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI  Perkara 32.4: Tidak dibenarkan untuk mengetahui atau mencatatkan nombor siri setiap kertas undi yang dikeluarkan kepada pengundi.

(b) Penyokong Aspirasi didapati mengedarkan kertas yang mengandungi nombor-nombor calon Aspirasi - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat pembuangan undi

(c)  Penyokong Tindakan Siswa Bersatu (TSB) didapati mengedarkan nombor-nombor calon. Hal ini berjaya dikesan oleh Polling Agent GMUKM - Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat 

Di KOLEJ PENDETA ZA'BA : Penyokong Aspirasi didapati menggantung banner 'Undi Aspirasi' yang didapati mengandungi gambar-gambar dan nombor calon Aspirasi - Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VII Perkara 52 : Kempen tamat pada jam 12.00 malam sehari sebelum hari mengundi. Tidak dibenarkan memancing undi di kawasan yang ditentukan di tempat mengundi

Di KOLEJ KERIS MAS (KKM)

(a) Didapati kertas-kertas undi di Kolej Keris Mas tidak dicop dengan cop rasmi UKM. -  Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI  Perkara 45.4(ii) Kertas-kertas undi yang akan ditolak dan tidak boleh diterima adalah seperti berikut : (a) Jika ianya tidak dicop atau ditindik dengan tanda rasmi atau tidak ditandatangani secara ringkas oleh Ketua Pusat Pembuangan Undi;

(b) Kertas undi bagi Kerusi Tahun 3/4 FPI masih dikeluarkan walaupun saudara Zaim diisytiharkan menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon (17 Februari 2011) -  Rujuk Buku Panduan Calon Pemilihan MPP Bahagian VI  Perkara 26: Jika pada hari penamaan dalam mana-mana kawasan Pemilihan, setelah diputuskan oleh Pegawai Pengurus Pemilihan MPP apa-apa bantahan yang mungkin telah dibuat dan didapati jumlah calon sah dinamakan adalah sama atau tidak melebihi bilangan yang dipertandingkan bagi kawasan tersebut, Pegawai Pengurus Pemilihan MPP hendaklah dengan serta-merta mengisytiharkan calon-calon yang dinamakan sebagai wakil yang dipilih untuk MPP bagi kawasan tersebut.


Maklumat lanjut, boleh layari secara langsung di https://smp.ukm.my/mpp/index.cfm
Sila telefon, Pengerusi GMUKM - Hafiz Razak (0136357990)


Ber-GM Lebih Baik!
 

Posted by SiswaLaNie on 12:05 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Kebobrokan & penyalahgunaan kuasa oleh pihak pentadbiran!

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery