Photobucket Photobucket


My Blog List


Pro-Mahasiswa menang di UM

KUALA LUMPUR,21 Feb – Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

Mereka menyapu bersih kesemua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti. Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Keputusan diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.

Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini, pilihanraya kampus dikejutkan dengan misteri kehilangan calon umum Pro-Mahasiswa (pro-M), Masturah Abu Bakar kelmarin.

Namun, hal itu terjawab apabila, Mastura dan ibunya Mariam Abdul Rashid hadir hari ini dan membuat sidang akhbar untuk menjelaskan misteri kehilangan tersebut.

“Dia(Mastura) selepas berkempen di Pantai Permai ketika itu dia lenyap dari kumpulan kawan-kawan,” katanya.

“Dia sendiri yang call saya dalam keadaan menangis dan panggil umi, umi. dan saya minta dia panggil orang yang meminjamkan dia telefon. dia yang beritahu lokasi anak saya dan saya bergegas ke sana,” katanya.

Menceritakan detik berjumpa, Mariam dengan keadaan mengangis dan sangat lemah di tinggalkan di tepi Masjid Teras Jernang, Bangi.

Mariam berkata polis masih lagi menyiasat siapa yang menculik Mastura dan dikatakan Mastura di dalam keadaan tidak sedar semasa beliau dibawa lari oleh penculik tersebut.

Mariam menyatakan kekesalan kerana kehilangan tersebut dilaporkan oleh rakan-rakan kampus anaknya dan bukannya pihak universiti.

Selain itu Mariam turut mengatakan kemungkinan besar penculikan anak beliau ada kaitan dengan pilihanraya kampus UM di mana Mastura adalah salah seorang calon pilihanraya tersebut.

“Kebetulan dalam suasana kempen pilihanraya kampus ini berlaku kepada anak saya Mastura yang kebetulan calon, kemungkinan besar ada kaitan.

“Saya serahkan kepada pihak polis tentang siapa yang bertanggungjawab semua ini,” katanya.

Puan Mariam juga berharap termasuk untuk pihak universiti sendiri dimana pelajar-pelajar yang duduk diluar kampus contohnya di Pantai Dalam; hidup dengan lebih teratur kerana peratus pelajar duduk diluar adalah sangat tinggi dan tiada keselesaan belajar bagi mereka.

“Sekarang suasana masih baru bagi dia. Tidak adil kita menekan dia tanya apa yang berlaku. Saya sebagai keluarga memberi dia ruang dan di satu masa yang baik kita akan mendapat maklumat,”katanya.

Beliau turut mencadangkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk memberi satu penempatan yang khusus bagi pelajar-pelajar UM khususnya pada pelajar perempuan.

“Harapan saya kepada pihak universiti, suara saya sebagai membela kebajikan pelajar. pengalaman anak saya, kempen diluar kampus pelajar duduk tidak teratur bersama rumah awam. Saya mencadangkan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menempatkan pelajar secara berkelompok,” jelasnya.

Posted by SiswaLaNie on 12:46 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Pro-Mahasiswa menang di UM

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery