Photobucket Photobucket


My Blog List

Kemalangan: MPN tangguh jumpa Suhakam

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Majlis Politik Nasional (MPN) terpaksa membatalkan pertemuan dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pagi ini ekoran pengerusinya, Ahmad Syukri Abd Razab terlibat dalam kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Menurut jurucakap MPN, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri masih berada di Hospital Serdang dan akan menjalani pembedahan kecil tengahari ini.

Ahmad Syukri yang menunggang motosikal di sekitar Putrajaya awal pagi tadi gagal mengawal kenderaannya apabila terlanggar lubang lalu terbabas ke bahu jalan menyebabkan kecederaan di seluruh badan dan urat saraf jari kelingkingnya terputus.

"Ahmad Syukri sekarang ini di Hospital Serdang dan akan menjalani pembedahan tengah hari ini akibat urat saraf jari kelingking kirinya putus," kata Ahmad Shukri ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Sementara itu, pertemuan dengan Suhakam yang dijadualkan pagi ini adalah untuk menghantar memorandum bantahan kepada badan bebas itu mengenai penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihan raya kampus terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.

Memorandum itu sepatutnya dihantar oleh Pro-Mahasiswa Nasional dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis).

Pro-M Nasional juga dijadualkan melancarkan satu Manifesto Mahasiswa Nasional yang merangkumi Autonomi Kampus & Autonomi Mahasiswa.

Bagaimanapun ianya terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.

Dalam pada itu, Ahmad Shukri meminta seluruh mahasiswa mendoakan keselamatan terhadap Ahmad Syukri.

"Saya pohon kepada sahabat-sahabat agar doakan pembedahan tengah hari ini berjalan lancar dan Ahmad Syukri cepat sembuh," katanya.

Posted by SiswaLaNie on 12:38 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Kemalangan: MPN tangguh jumpa Suhakam

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery