Photobucket Photobucket


My Blog List


PRK : UM tunduk desakan pro-M

Pentadbiran Universiti Malaya (UM) akhirnya 'mengalah' dengan tuntutan kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) kampus berkenaan selepas bersemuka hampir dua jam dengan dengan naib canselor universiti itu Prof Ghauth Jasmon pada Khamis malam.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan berkata, UM bersetuju memenuhi dua daripada empat tuntutan mereka berhubung pilihan raya kampusnya pada 21 Februari ini.

"Daripada empat tuntutan, dua telah diterima. Dan dua lagi masih tidak dijelaskan (statusnya pada kami). Kami masih belum menerima respons daripada pihak pentadbiran," katanya.

MNONEenurut Ahmad Syazwan lagi, UM akhirnya membatalkan bengkel tiga hari persediaan calon dan serta menggugurkan K Puniamurthy sebagai pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) selepas perkhidmatan panjangnya selama tiga tahun.

Tempatnya kini diambil alih Pengarah Teknologi Maklumat UM Dr David Asirvatham.

Menurutnya, keputusan hasil pertemuan enam wakil pro-M dengan Ghauth Jasmon dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Datuk Dr Rohana Yusof itu dimaklumkan kepadanya pagi ini.

Menurutnya, Rohana sendiri yang memaklumkannya melalui SMS.

Pembatalan 4E belum jelas

Dalam sidang media di UM pagi tadi, Ahmad Syazwan berkata bengkel yang asalnya dikhususkan kepada mahasiswa itu kini ditukarkan kepada "kursus penerangan perlembagaan" dan terbuka kepada semua pihak, termasuk kakitangan universiti.

Katanya, kehadiran ke majlis tersebut pada jam 9 pagi esok di Dewan Tunku Caselor (DTC) adalah "wajib" kerana ia akan dihadiri oleh Ghauth dan Pengerusi Lembaga Universiti Tan Sri Arsyad Ayob.

Sementara dalam kenyataan akhbarnya yang diedarkan, pro-M universiti itu turut mempertikaikan syarat wajib menjadi calon yang dikenakan, dengan menyertai bengkel persediaan tersebut.

Bantahan lain terhadap penganjuran bengkel itu antaranya:

* Terdapat beberapa perkara "yang masih mengelirukan", antaranya kelewatan tarikh dan tempat kursus dimaklumkan.
* Mereka mempertikaikan proses pemilihan apabila calon yang memohon bertanding akan dihubungi semula untuk diberitahu sama ada layak menyertai bengkel itu ataupun tidak.
* Berlaku berat sebelah apabila terdapat calon lawan mereka daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa diterima borang permohonan mengikuti bengkel selepas tamat tempoh.


Sementara itu, tuntutan mereka yang masih tiada keputusan jelas adalah pembatalan pelaksanaan sistem eletronik (4E) dalam proses penamaan, pengundian, bantahan dan rayuan dalam pilihan raya kampus dan permintaan dilanjutkan tempoh berkempen.

Posted by SiswaLaNie on 6:26 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for PRK : UM tunduk desakan pro-M

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery