Photobucket Photobucket


My Blog List

AUKU : SUATU PENCERAHAN, BUKAN DOGENGAN!


Pastinya kita sebagai mahasiswa seringkali mendengar suatu kelompok mahasiswa yang sentiasa berjuang untuk memansuhkan AUKU atau Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Tahukah kita apa itu AUKU dan sejauh manakah implementasi akta tersebut dalam kampus-kampus yang dikenali sebagai institusi pengajian tinggi awam (IPTA)? Eloklah untuk kita, para mahasiswa membaca artikel berikut untuk mendapatkan satu penjelasan mengapakah ada suara-suara yang melaung-laungkan untuk memansuhkan AUKU ini dan pahatkan dalam memori kita, isu AUKU bukan suatu yang lapuk kerana ia adalah penyebab kepada kelesuan mahasiswa!
Sebenarnya akta ini ditubuhkan pada 18 Mac 1971 yang usulnya datang daripada Menteri Pelajaran ketika itu Allahyarham Tun Hussein Onn dalam sidang parlimen negara. Manakala permulaannya dikuatkusakan adalah pada 30 April 1971. Namun, tidak kesemua universiti mengimplementasikan akta itu, antaranya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Teknologi MARA dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Hal ini kerana, di universiti-universiti terbabit telah menggunapakai akta selain daripada AUKU ini.
Lantas kita berfikir, mengapakah pihak kerajaan Malaysia (MAGERAN) pada ketika itu menubuhkan akta ini? Realitinya, ia bermula dengan penubuhan satu Jawatankuasa Mengkaji Kampus yang ditugaskan untuk mengkaji satu kaedah yang bertujuan untuk mengawal dan melemahkan persatuan-persatuan mahasiswa di kampus. Pada ketika itu, antara universiti yang wujud di Malaya adalah Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia.
Oleh kerana pertambahan pusat-pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur, kerajaan bimbang akan penentangan mahasiswa-mahasiswi terhadap dasar-dasar kerajaan sepertimana yang berlaku dalam suatu peristiwa di mana mahasiswa mengadakan sebanyak 13 rapat umum di seluruh negara. Rapat umum ini bertujuan untuk menyedarkan rakyat Malaysia yang pada masa tersebut kurang mendapat informasi berkaitan perjalanan politik negara.  Isu yang menjadi perdebatan dalam kalangan mahasiswa yang turun berapat umum kerika itu berkisarkan isu demokrasi, isu keadilan sosial dan juga pengecaman mahasiswa terhadap parti-parti politik yang sengaja mempermainkan isu perkauman sehingga tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969!
Berikutnya, selepas beberapa peristiwa kelantangan mahasiswa bersuara terhadap dasar-dasar kerajaan, maka AUKU diluluskan oleh Dewan Rakyat pada tanggal 18 Mac 1971. Hal yang demikian menyebabkan para mahasiswa bangun untuk menentang akta tersebut dengan lantang dan berani tanpa mengira agama, bangsa dan kampus universiti. Pelbagai kecaman dibangkitkan kepada pihak pemerintah sehinggakan ke hari ini, suara-suara tersebut masih kedengaran walau tidak sehebat era 70-an. Hal ini kerana, undang-undang tersebut bercanggah dengan prinsip demokrasi, kebebasan bersuara rakyat malah ia merupakan suatu pencabulan terhadap hak asasi mahasiswa sebagai golongan intelektual dan jurucakap masyarakat.
Pada tahun 1975, terdapat pindaan terhadap akta ini yang dibentangkan sebagai Akta Universiti dan Kolej Univesiti (Pindaan) 1975. Penguatkuasaan akta tersebut telah membubarkan pertubuhan-pertubuhan mahasiswa seperti Persatuan Mahasiswa, Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Mahasiswa Islam, Kelab Sosialis, Persatuan Bahasa Tionghua, Persatuan Bahasa Tamil dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia. Akhirnya, yang dibenarkan kerajaan untuk ditubuhkan di setiap kampus adalah Majlis Perwakilan Pelajar, sebuah badan yang tidak mempunyai kuasa, kebebasan dan kewibawaan sehebat pertubuhan-pertubuhan tersebut pada masa itu.

Posted by SiswaLaNie on 9:39 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for AUKU : SUATU PENCERAHAN, BUKAN DOGENGAN!

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery