Photobucket Photobucket


My Blog List


Pelajar Unisel tolak wakil parti politik sebagai Canselor

SHAH ALAM, 3 Jan — Pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel) menolak pelantikan canselor pusat pengajian tinggi itu yang berlatakbelakangkan pengaruh politik sama ada dari Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat.

Oleh itu, wakil mahasiswa Unisel mencadangkan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai canselor baru universiti itu yang kini kosong.

Pada 20 November lepas, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengumumkan pengundurannya sebagai Canselor Unisel bagi memberi tumpuan kepada pendidikan awal kanak-kanak melalui program Permata dan kemudian pengunduran itu diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Seluruh mahasiswa Unisel telah bersetuju memilih ahli akademik selaku canselor baru Unisel dan menolak sekeras-kerasnya pelantikan ahli politik dalam melantik canselor baru.

“Di sini juga kami menyatakan pendirian kami dalam mencadangkan calon bagi memenuhi kekosongan kerusi canselor kepada pihak kerajaan negeri dan pihak pentadbiran Unisel untuk mempertimbangkan pelantikan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim selaku canselor baru.

“Antara sebab lain pelantikan beliau (Khoo) adalah kerana disebabkan pengalaman dan pengetahuan beliau yang luas dalam bidang akademik serta sumbangan terhadap pembangunan negara,” kata Presiden Pro Mahasiswa Unisel Muhammad Nasir Abu Bakar pada sidang media di sini.

Posted by SiswaLaNie on 10:29 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Pelajar Unisel tolak wakil parti politik sebagai Canselor

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery