BERSIH: KPT didakwa cuba sekat siswa
Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu menyerahkan senarai nama mahasiswa institut pengajian tinggi awam untuk diambil tindakan mendapat tentangan NGO dan aktivis mahasiswa.
Mereka rata-rata berpendapat "hukuman" tersebut bertujuan menyekat hak mahasiswa untuk bersuara.
Menurut Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan, tindakan itu dilihat sebagai tidak demokratik dan bersifat menghukum.
"Usaha KPT sepatutnya bukan mewakili kepentingan parti politik, mereka (KPT) perlu menjadi jururunding untuk mahasiswa bagi menjelaskan perkara ini (lapan tuntutan BERSIH)," katanya

Ahmad Syazwan (kiri) juga mempersoalkan tindakan terbaru kementerian itu yang sebelum ini didakwa membiarkan mahasiswa yang terlibat mengadakan demonstrasi menentang dasar kerajaan Pakatan Rakyat tidak diambil tindakan.
Beliau mengingatkan kembali kepada perhimpunan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UITM) di Shah Alam tiga tahun lalu bagi menentang cadangan membuka universiti itu kepada pelajar bukan bumiputera.
"Mereka (kementerian) perlu berfikir panjang. Kenapa tidak ambil tindakan ke atas pelajar UITM?" soal Ahmad Syazwan kembali.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam dilaporkan masih menunggu laporan daripada polis berhubung pembabitan penuntut institusi pengajian tinggi awam dalam perhimpunan Sabtu lalu.
Menurutnya, selepas diterima, ia akan diserahkan kepada universiti terbabit untuk tindakan lanjut.