Ma'ruf Club Difitnah
Baru-baru ini, dikhabarkan Persatuan Mahasiswa Islam UIAM, Ma'ruf Club (MC) telah difitnah dengan beberapa tuduhan yang tidak berasas melalui Facebook. MC yang juga banyak menumpukan gerak kerja da'wah serta kebajikan mahasiswa UIAM tidak sepatutnya diburukkan jika ada pihak yang tidak berpuas hati.
Berikut adalah kenyataan daripada MC :
Ma'ruf Club kesal dengan penyebaran 2 berita tidak tepat, songsang dan berniat jahat berkaitan Ma'ruf Club.
Kes 1
Presiden mengarahkan ahli Ma’ruf Club untuk membuang huruf ‘O’ pada perkataan ‘LOVE’ yang diletakkan di hadapan Bank Islam lama sewaktu Islamic Performance Art Concert.
Kes 2
Ma’ruf Club mencadangkan bahawa curfew hours daripada 12 am diawalkan ke 9 pm . Desas-desus timbul ekoran amaran diberikan oleh pihak Masjid dengan kerjasama Security Guard kepada siswa-siswi yang pulang lewat secara bersama-sama dalam keadaan yang boleh dipersoalkan.
1- Ma’ruf Club menafikan sekeras-kerasnya penglibatan secara langsung atau tidak langsung dengan kedua-dua kes di atas.
2- Ma’ruf Club menggesa bukti-bukti diberikan baik secara lisan, bertulis, video atau seumpama dengannya jika ada sebarang petunjuk mengaitkan kedua-dua kes di atas dengan kami.
3- Ma’ruf Club sentiasa tegar dengan pendekatan amar ma’ruf nahi munkar di kampus UIA melalui pelbagai medium yang diharuskan agama dan konsisten menjunjung visi misi UIA-Triple ICE (Islamization, Internationalization, Integration and Comprehensive Excellence) dengan kerjasama pihak pentadbiran kampus.
DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA