Photobucket Photobucket


My Blog List


PKPIM hantar wakil ke Indonesia

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menghantar wakil ke Indonesia bagi mengukuhkan 'Rukun Muafakat' yang dipersetujui dengan Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PPI).

Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pengukuhan semangat yang dipersetujui dalam Rukun Muafakat itu perlu dalam menghadapi ancaman yang mungkin timbul terhadap pelajar Malaysia di republik itu.

Beliau bimbang sekiranya demonstrasi yang berlarutan di Indonesia sejak minggu lalu akan mencetuskan insiden kekerasan terhadap pelajar Malaysia di negara itu.

Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai demonstrasi di depan kedutaan Malaysia di negara itu semalam yang turut melibatkan beberapa pertubuhan mahasiswa negara itu.

Jelasnya, forum berkenaan merupakan medium yang penting untuk meredakan sentimen anti-Malaysia di republic tersebut.

"Bagi kita isu ketegangan Malaysia dan Indonesia ini sentiasa berterusan. Kalau ada isu kecil, akan ada invidivu tertentu yang akan ambil peluang untuk wujudkan masalah. Mereka bukan daripada kumpulan majoriti.

"Ini kerana pertubuhan yang mempersetujui Rukun Muafakat ini tidak bersuara. Mereka perlu didorong untuk bersuara supaya dapat tenggelamkan suara-suara provokasi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Muhammad Faisal berkata, PKPIM telahpun menerima jemputan daripada PII supaya menghantar seramai mungkin wakil untuk menghadiri satu majlis forum bersama pertubuhan pelajar yang bernaung di bawah PII.

"Kita akan cuba hantar seorang wakil ke sana selewat-lewatnya seminggu sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya lagi.

Lima rukun berkenaan antara lainnya menggariskan pertubuhan pelajar supaya menginsafi persaudaraan Islam serta persamaan rumpun Melayu antara Malaysia-Indonesia "dalam berhadapan dengan pelbagai isu yang melibatkan kedua-dua negara."

Ia turut menuntut supaya mengutamakan pendekatan bersifat diplomasi dan perbincangan dalam menghadapi isu melibatkan perbincangan bersama.

Rukun berkenaan juga menyeru para pelajar supaya menjauhi tindakan bersifat emosional yang boleh menjurus kepada kekerasan, selain memupuk persefahaman kebudayaan dan idealisme.

Posted by SiswaLaNie on 3:26 PM. Filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for PKPIM hantar wakil ke Indonesia

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery