Photobucket Photobucket


My Blog List


Apa erti kemerdekaan bagi umat melayu kita?

Mohd Yusof Hadhari*

Penjajah, apabila menjajah sesebuah negara bukanlah hanya menjajah dari segi fizikal sahaja. Mereka tidaklah menduduki sesebuah negara orang lain hanya mahu mengaut keuntungan dari penjajahan mereka. Tetapi mereka juga mahu rakyat yang dijajahnya mengamalkan corak pemikiran dan cara hidup mereka.

Sekarang ini tidak ada lagi yang dijajah. Sikap penjajahan telah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah. Jika masih ada lagi penjajahan, ia tidak akan bertahan lama kerana zaman ini zaman merdeka. Jika ada lagi penjajahan, penjajah itu sendiri akan merasa malu kerana hanya mereka sahaja masih berada di dalam sikap kebinatangan itu.

Penjajah tetap akan balik ke negara asal. Penjajah akan pulang samada dihalau seperti anjing kurap seperti rakyat Vietnam menghalau Perancis dan Amerika dan rakyat Agfahanistan menghalau Soviet. Dan ada juga pulang secara sukarela dengan persetujuan seperti di Malaysia.

Bagi penjajah yang dihalau, mereka tidak akan sempat membuat apa-apa tetapi bagi yang pulang dengan persetujuan, mereka masih boleh lagi mencengkam negara bekas jajahan mereka. Dengan cara apa? Iaitu dengan mensyaratkan negara bekas jajahan itu menerima sistem mereka. Inilah yang terjadi di Malaysia dan banyak negara lain.

Sebelum kedatangan penjajah, orang melayu hidup dengan cara hidup Islam. Melayu tidak akan berkembang tanpa Islam, malah melayu ialah kaum yang tidak bertamadun sebelum kedatangan Islam, bangsa melayu tidak mengurus diri dengan baik, berkuku panjang, berambut panjang. Melayu yang menjadi kebanggaan sesetengah pihak tidak bermakna jika menolak Islam, menepikan Islam. Pastinya melayu akan hina tika hari ini tanpa Islam. Islam adalah cara hidup dzahir dan bathin. Islam mengatur pergaulan dengan mencegah pergaulan bebas kerana ia menggundang zina tetapi penjajah merubahnya dengan menggalakkannya dengan alasan sosialism. Islam mengatur soal jual beli tetapi penjajah menggalakkan riba atas alasan memperkembangkan dana. 

Islam menggalakkan membaca al-Quran tetapi penjajah menggalakkan hiburan melampau atas alasan kebebasan berhibur. Islam mewajibkan menutup aurat tetapi penjajah menggalakkan budaya telanjang atas alasan fesyen moden. Islam memberikan siatematika berfikir menurut al-Quran tetapi penjajah menggalakkan Freethinker atas alasan memperkembangkan daya fikir. Islam menggalakkan pernikahan tetapi penjajah menggalakkan hidup tanpa nikah atas alasan nikah mengikat individu. Islam menghukumkan hudud dan qishas sebagai hukum mandatori umat tetapi penjajah menggantikan dengan dendaan secopot dengan alasan lebih berperikemanusiaan. Demikianlah seribu satu cara hidup yang ditinggalkan penjajah yang membelenggu umat di negara bekas jajahannya.

Penjajah yang pulang dengan persetujuan memang bijak. Mereka mensyaratkan negara bekas jajahannya mengamalkan sistem dan cara hidup mereka. Mereka berkata cara hidup Islam yang diamalkan penduduk asal sebagai tidak lengkap. Mereka mendakwa cara hidup merekalah yang lengkap. Namun bertelanjang atau fesyen membuka aurat adalah menghampiri jasmaniah haiwan. Demikian juga hidup tanpa nikah adalah cara hidup haiwan. Frethinker hanyalah kecelaruan dalam berfikir tanpa kesimpulan. Demikian juga hukum mandatori mereka tidak berupaya menakutkan penjenayah kerana penjenayah boleh sahaja membayar jenayah mereka dengan kurungan yang tentunya tidak setimpal dengan jenayahnya.

Namun cara hidup penjajah ini telah membelenggu otak penduduk bekas negara jajahannya. Ini kerana pemuka negara yang menerima persetujuan syarat kemerdekaan itu sendiri yang menjadi tonggak negara. Mereka seoalah-olah dipaksa rela menerima sistem hidup penjajah itu hingga Islam dilihat bukan lagi cara hidup yagn terbaik. Bahkan cara hidup Islam amatlah asing di bumi umat Islam sendiri.

Mengapa ini terjadi? Kerana alat-alat media samada media cetak dan elektronik sendiri menjadi ejen mempopularkan cara hidup penjajah ini. Demikian juga cara hidup penjajah diperkenalkan melalui sistem pembelajaran di sekolah secara tidak langsung. Ertinya anak-anak orang Islam telah mengenal cara hidup penjajah dari alam persekolahan lagi. Sejarah penjajah diajar dengan meluas berbanding sejarah ketemadunan Islam. Maka jadilah kesyumulan Islam sangat asing dari umat Islam.

Maka umat Islam wajib memerdekakan diri mereka dari cara hidup penjajah ini. Merdeka tanah air tetapi mesih dibelenggu dengan cara hidup penjajah, hakikatnya masih lagi terjajah. Tidak ada ertinya sama sekali kita melaungkan “merdeka, merdeka dan merdeka” tetapi cara hidup tidak ada bezanya seperti cara hidup penjajah.

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam
keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Islam adalah cara hidup terbaik. Dan yang terbaik ialah kembali kepada cara hidup Islam.

Wassalam.


Penulis adalah mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik. Sekarang memegang jawatan sebagai Pengerusi Penerangan dan Penerbitan IPPIN. Blog beliau boleh dilawati melalui : Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan

Posted by SiswaLaNie on 2:25 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Apa erti kemerdekaan bagi umat melayu kita?

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery