Photobucket Photobucket


My Blog List

Al-Fatihah Buat Nik Hafreez Afiq

Assalamualaikum & salam mahasiswa,


SiswaLaNie mengucapkan takziah kepada keluarga Al-Marhum Nik Hafreez Afiq Mohd Ghazali atas pemergian beliau menghadap Allah yang maha esa . Al-Marhum telah dipanggil menghadap Ilahi pada hari ini, 2 Syawal.

 
Beliau merupakan seorang mahasiswa yang aktif dalam gerakan mahasiswa dan da'wah kampus UIAM Gombak. Al-Marhum mahasiswa Institute of Education jurusan Bahasa Arab pernah ditaklifkan sebagai pimpinan Ma'ruf Club 2008/2009. Seorang aktivis mahasiswa yang lantang dan berkaliber dalam menyuarakan isu-isu mahasiswa.


Selain memegang jawatan di UIAM juga, Al-Marhum terlibat dengan persatuan gerakan mahasiswa Islam Selangor, Ikatan Studi Islam Selangor (ISIS).


Pemergian beliau sangat dirasai oleh masyarakat kampus khususnya UIAM . Pemergian beliau satu kehilangan permata yang sangat bernilai kepada Ma'ruf Club dan Pro-Mahasiswa sendiri. Semoga Allah meletakkan Al-Marhum dalam golongan syahid dan bersama-sama orang yang beriman .


Al-Fatihah .



DARI MAHSISWA UNTUK MAHASISWA

Posted by SiswaLaNie on 10:28 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Al-Fatihah Buat Nik Hafreez Afiq

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery