Photobucket Photobucket


My Blog List


Cukuplah PERBODOHKAN MAHASISWA!!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sahabat-sahabat...

Hari ini, Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi Universiti Pertama menunjukkan sikap angkuh dan tidak beretika dengan mengeluarkan arahan supaya Mahasiswa UPM tidak hadir ke mahkamah hari esok untuk menyatakan sokongan kepada 5 mahasiswa yang dituduh menconteng dinding Akademi Pengajian Islam UM pada tahun lepas.

Di peringkat saya, sebagai Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kesal dengan tindakan tidak profesional pihak HEP UPM yang seolah-olah 'tidak belajar' dengan baik AUKU yang mereka sanjung dan gunapakai walaupun seluruh mahasiswa tidak pernah SETUJU dengan penggunaan AUKU ini.

Saya menyarankan agar pihak HEP UPM celik dan jangan tidur dengan menindas dan mengekang pergerakan mahasiswa sehinggakan mahasiswa ingin pergi ke mana-mana tempat lain dihalang dengan pelbagai cara yang dan ini juga bertentangan dengan hak sebagai rakyat Malaysia di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya menyeru Mahasiswa/i UPM tidak takut dan gentar dengan arahan tersebut kerana tindakan itu hanya ingin menakut-nakutkan mahasiswa. Saya juga menyeru seluruh mahasiswa di kampus lain agar terus hadir dan berkumpul TANDA SOKONGAN di Mahkamah esok dan kita BANGKIT dengan propaganda jahat yang ingin menenggelamkan gerakan mahasiswa di Malaysia ini.

MOHD RIDZUAN B OTHMAN
SETIAUSAHA GERAKAN SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

Posted by SiswaLaNie on 6:05 PM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Cukuplah PERBODOHKAN MAHASISWA!!!

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery