Photobucket Photobucket


My Blog List


Nasib 5 pelajar UM dituduh lakukan khianat 24 Sept

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 24 September ini bagi memutuskan sama ada lima pelajar Universiti Malaya (UM) yang didakwa melakukan khianat dan menceroboh universiti itu pada Jun tahun lepas, diarah membela diri atau dilepaskan daripada pertuduhan.

Hakim Rozana Ali Yusuff menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Aidatul Azura Zainal Abidin dan peguam Mohamad Arfizi Mohd. Ramli yang mengetuai barisan pihak pembelaan selesai mengemukakan hujahan.

Prosiding perbicaraan kes itu yang bermula pada Jun lalu, ditutup selepas saksi terakhir iaitu Detektif Koperal Yaakob Ramli dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields memberi keterangan bagi melengkap seramai 19 saksi pendakwaan.

Lima pelajar berkenaan, Mohamad Izzuddin Hilmi, Muhammad Syahrul Denn Ahmad Rosli, Mohamad Aizat Rosle, Mohammad Saufi Jelani, masing-masing 22 tahun dan Mohd. Shazni Munir Mohd. Ithnin, 23, dituduh menceroboh bangunan fakulti itu mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000 atau kedua-duanya.

Kelima-lima pelajar itu turut didakwa melakukan kesalahan khianat dengan menyimbah petrol ke atas permaidani dan menconteng dinding dewan utama fakulti itu, mengikut Seksyen 427 kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pintu utama dewan fakulti itu kira-kira 4 pagi, 24 Jun, 2009. - Bernama

Posted by SiswaLaNie on 11:26 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Nasib 5 pelajar UM dituduh lakukan khianat 24 Sept

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery