UKM 4 : Injunksi 7 Oktober ini
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Lebih daripada 50 mahasiswa berhimpun di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, pada jam 2.00 petang tadi bagi menyatakan sokongan dalam menolak penganiayaan terhadap empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Walaupun keputusan terhadap Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha, dan Wong King Chai yang ditahan polis pada 22 April lalu di Pekan Rasa dan Ampang Pecah atas tuduhan menyokong parti politik pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor ditolak. Penolakkan tersebut bukan bermakna terkuburnya gerakan mahasiswa untuk menghapuskan undang-undang zalim itu
Hakim menetapkan tarikh 7 Oktober ini untuk pendengaran penuh injunksi yang dibuat keempat-empat mereka bagi menghalang UKM meneruskan prosiding tatatertib ke atas mereka. Mereka sebelum ini ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah berhubung tuduhan menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Mereka kemudian didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) Bagaimanapun, mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik.
Kesemua front-front gerakan mahasiswa bersepakat untuk memperlihatkan bahawa isu Auku bukan hanya isu mahasiswa tetapi juga isu anak muda dan isu rakyat.
Justeru semua gerakan mahasiswa, anak muda, dan orang ramai harus bersama menjana dan mengerakkannya supaya desakan dan tekanan untuk menghapuskan undang-undang zalim itu terus berlangsung.
Peringatan : sila tinggalkan komen untuk menyatakan sokongan dan keperihatinan anda
Sumber : http://siswalanie.blogspot.com/2010/09/ukm-4-injunksi-7-oktober-ini.html