Photobucket Photobucket


My Blog List

Bukalah matamu wahai RAKYAT!!!

Tidak cukup dengan mempamerkan aksi ‘gay’ yang ditonjolkan melalui artis remaja Amerika, Adam Lambert dalam konsert di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini. Kita digemparkan pula dengan ISLAMIC Fashion Festival. Jika kita fahami sepintas lalu, apa yang bermain di fikiran dan terbayang di minda ialah fashion muslimah yang menutup aurat seperti mana yang sudah kita ketahui sebelum ini. Tetapi ianya bertentangan dengan fikiran kita itu, apa yang ditonjolkan bukan pemakaian muslimah tetapi cara pemakaian yang jauh bertentangan dengan Islam.

Kita kesal dengan tindakan mereka ini dengan menggunakan nama ISLAM untuk menjaja pakaian yang mendedah aurat, suatu penghinaan yang amat jijik dilemparkan kepada ISLAM. Kita persoalkan, siapa yang sebenarnya memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi??

Pemikiran sempit ini semakin mencelarukan kefahaman muda-mudi terhadap Islam itu sendiri sehinggakan terdapat pemikiran Islam ala pemerintah Malaysia sekarang dan yang dituntut di dalam Al-Quran sendiri. Di mana perginya Ustaz Jamil Khir dan Mashitah Ibrahim yang sebelum ini lantang dalam Forum perdana menghuraikan kewajipan berpakaian seperti termaktub di dalam Surah An-Nur ayat 31??

Bayangkan 'door gift' yang mengandungi sejadah, tasbih dan cebisan kain yang tertera Kalimah Allah diedarkan kepada semua tetamu tidak kira Muslim atau bukan muslim. Apasalahnya pihak penganjur memberikan 'door gift' yang berbeza kepada yang bukan muslim? Cuba anda bayangkan apa yang akan dibuat olah golongan bukan muslim dengan kalimah Allah tersebut? bukan niat saya mencari perbalahan dengan bukan muslim tetapi pasti ada diantara mereka yang melayangkannya ke tong sampah. Astagfirullah.

Adakah dengan penganjuran ini PM tergamak mengumumkan Bajet 2011 dengan meletakkan SELUAR DALAM dan BAJU TIDUR sebagai agenda nombor 1 dalam kerajaan?? Sepatutnya bajet berbillion ringgit perlu disalurkan kepada program membentuk kefahaman masyarakat terhadap ISLAM, membanteras pusat pelacuran, remaja berpeleseran, muda mudi yang terjebak dengan lembah maksiat, pusat hiburan, judi dan sebagainya menjadi agenda nombor 1 negara.

Cukuplah dengan masalah pembuangan bayi yang makin membarah, gengsterisme perkauman, meragut, merogol, merompak dan membunuh, yang sudah melanda negara kini. Jangan ditambah lagi penyakit masyarakat bila mana kerajaan sendiri yang menyediakan medium dan ruang yang banyak ke arah kebejatan sosial tersebut.

Mahasiswa menuntut kerajaan memandang serius perkara ini, jangan dibuat atas kepentingan politik pihak-pihak tertentu sahaja! Sudahlah PTPTN dan AUKU yang masih menghantui mahasiswa, termimpi-mimpi bajet mahu berikan mahasiswa hadiah berupa bantuan biasiswa, elaun atau yang seumpama dengannya, seperti mana yang terselit dalam peruntukan perlembagaan.

Terutama sekali bagi pelajar dan mahasiswa yang datangnya dari keluarga latar belakangnya sederhana dan tidak berkemampuan, tiadakah bantuan atau peruntukan sedikit buat mereka, tambahan pula dengan keuntungan PETRONAS yang semakin bertambah setiap tahun, namun mimpi tersebut ternyata indahnya sekejap cuma! Bila tersedar, ianya hanyalah sekadar sebuah mimpi. Harapan dan perubahan, hanyalah mimpi kosong!! Bajet meminggirkan mahasiswa, kebejatan sosial pula tiada penghujungnya!!

Adakah negara sudah hancur seperti Turki suatu ketika dahulu dan Acheh, pemimpin negara baru nak sedar untuk kembali kepada ISLAM yang sebenar?? Rakyat perlu hentikan budaya Hendonisme ini sebelum menjadi Barah peringkat ke-5 pada PRU13 akan datang. Nasihat saya kepada penganjur dan mereka yang terlibat lain kali tolong jangan guna nama Islam kalau hanya mempermain dan mempersenda hukum Allah.

P/s: Ada seorang hamba Allah bertanya penulis, siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat dll) program 'fesyen Islam' (sukular) ini..jawapannya ialah pada gambar di bawah...

ISLAMIC fashion via 1MALAYSIA: Kerajaan Umno promosi pakaian Islamik ala jahiliah..(video inside)

Penulis adalah mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik. Sekarang memegang jawatan sebagai Ketua Penerangan GAMIS Pusat.  Blog beliau boleh dilawati melalui : Seutas Renungan, Tasbih Perjuangan

Posted by SiswaLaNie on 1:51 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Bukalah matamu wahai RAKYAT!!!

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery