Lambert : Mahasiswa dan anak muda berhimpun di stadium


Ketua Penerangan Gamis, Mohd Yusof Hadhari berkata, “kehadiran kita pada malam ini bukan untuk berpesta dan bukan juga untuk membantah terhadap hiburan, dalam Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk berhibur. Tetapi kita perlu ingat, dan tahu hiburan bagaimana yang dibolehkan dan hiburan yang bagaimana di haramkan. Kita merasa kesal dengan tindakkan Jakim yang meluluskan konsert ini. Kita sibuk mencari resolusi, cara dan ubat untuk menghalang berlakunya pembuangan bayi, tetapi kita lupa dalam masa yang sama, kita yang membuka ruang kepada gejala maksiat tersebut.”
Mahasiswa bergerak beramai-ramai dengan membawa poster dan risalah untuk di edarkan kepada orang ramai yang berada di sekitar Stadium itu. Pergerakan yang bergema dengan laungan Allahuakbar! dan suara bantahan antaranya "bantah artis gay' dan "bantah Adam Lambert". Kehadiran disambut kira-kira 30 anggota FRU yang mengawal sekitar pintu masuk. 5 orang pimpinan GAMIS di benarkan untuk masuk bagi meninjau keadaan di dalam stadium tersebut.
Menurut Ahmad Syukri Ab Razab, Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, “Kami menentang program tersebut kerana ia menentang norma ketimuran, ajaran agama, "lucah, tidak bertamadun dan tidak sesuai dengan naluri manusia".
Bagaimanapun, Naib Presiden 1 Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis) Abdul Razak yang turut masuk ke dalam stadium keluar dan memberitahu bahawa daripada aspek pakaian, Adam Lambert didapati "OK". Bagaimanapun, menurutnya, penari yang mengiringinya agak seksi dan agak lucah. Perhimpunan tersebut diakhiri dengan memijak poster Lambert tanda bantahan.
