Photobucket Photobucket


My Blog List


PRK Galas : Mahasiswa Boleh Turun Galas-Menteri KPT

GEORGE TOWN, 4 Okt – Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tidak dihalang sepenuhnya untuk terlibat dalam politik terutama ketika pilihan raya sekiranya mereka mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mahasiswa boleh mendengar ceramah atau bercakap tentang politik tetapi mereka tidak dibenarkan terlibat secara langsung dalam kempen politik.

“Jika pelajar sekadar mahu mendengar atau memantau pilihan raya, kementerian tidak akan menghalang tetapi jika mereka membabitkan diri secara langsung seperti berkempen atau menjadi ejen parti politik, itu tidak dibenarkan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku “Reaching Out... Making The Difference” di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kemungkinan penglibatan pelajar IPT dalam politik terutamanya menjelang pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kawasn Galas yang akan diadakan tidak lama lagi berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaiman, 46, akibat barah.

Mohamed Khaled berkata sebelum ini terdapat pelajar yang terlibat secara langsung dalam politik walaupun menyedari tindakan itu salah.

“Mereka seolah-olah mahu melihat sama ada Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) itu akan dilaksanakan atau tidak,” katanya.

Pada 28 September lepas, Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) menolak permohonan empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mendapatkan perisytiharan bahawa Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 yang melarang pelajar menyertai politik, sebagai tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Hakim Datuk Aziah Ali menolak dengan kos permohonan injunksi oleh pelajar-pelajar berkenaan untuk menyekat UKM daripada mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka kerana dikatakan berkempen pada pilihan raya kecil bagi kawasan Hulu Selangor pada April lepas.

Posted by SiswaLaNie on 6:50 PM. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for PRK Galas : Mahasiswa Boleh Turun Galas-Menteri KPT

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery