Photobucket Photobucket


My Blog List


UKM 4 : Bakal berdepan tindakan

Empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bakal berhadapan dengan tindakan tatatertib apabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan injunksi erinford (status quo dikekalkan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Rayuan) mereka bagi menghalang universiti itu berbuat demikian.

Keempat-empat penuntut itu didakwa terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor pada April lalu.

Hakim Datuk Aziah Ali membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Haris Ibrahim yang mewakili penuntut berkenaan, Peguam Kanan Persekutuan Aida Adha Abu Bakar bagi pihak Kerajaan Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi, manakala UKM diwakili peguam Sarah Abishigam.

Haris memberitahu pemberita selain itu, Aziah turut mengekalkan perintah kos guaman yang perlu ditanggung oleh kesemua penuntut terbabit sebagaimana keputusannya pada 28 September lalu, berkaitan kes sama.

Pada 7 Oktober lalu, ketika berhujah untuk pendengaran permohonan injuksi itu, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang turut mewakili semua pelajar berkenaan, memohon supaya mahkamah tidak menetapkan sebarang kos memandangkan pemohon terdiri daripada golongan yang masih menuntut.

Posted by SiswaLaNie on 12:15 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for UKM 4 : Bakal berdepan tindakan

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery