Photobucket Photobucket


My Blog List

Mahasiswa : Dari GALAS ke Parlimen

Melihat kepada peranan mahasiswa yang merupakan jurubicara rakyat dan pewaris kepimpinan Negara, maka Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) telah mengambil tindakan yang konstruktif dengan menjadikan medan proses demokrasi di Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai aksi pencernaan demokrasi yang lebih matang dan telus kepada rakyat.


Lantas, pada 31 Oktober 2010 yang lalu, GAMIS telah menggerakkan Jentera Mahasiswa Malaysia untuk turun dan berkhidmat secara lebih merakyat kepada seluruh masyarakat di Galas dengan beberapa harapan yang tinggi agar masyarakat lebih memahami pasak perjuangan mahasiswa sebagai satu entiti penting yang mencorak masa depan Negara yang lebih dinamik.

Namun, beberapa peristiwa yang telah berlaku kepada mahasiswa di Galas telah memberikan satu tanggapan yang agak negatif kepada proses demokrasi di Malaysia yang pada umumnya harus lebih telus dan bersih. Beberapa siri tangkapan mahasiswa oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya kerana mereka telah mengedarkan risalah untuk menyeru rakyat Galas memeriahkan lagi proses demokrasi dengan turun mengundi pada 4 November 2010 telah memperlihatkan kepada umum bahawa nilaian demokrasi di Malaysia masih berada pada tahap yang kritikal terutamanya kepada golongan mahasiswa.

Empat orang mahasiswa tersebut iaitu Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar , Mohd Yusof Hadhari dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli telah ditahan oleh pihak polis pada 31 Oktober 2010 jam 1.30 petang dan dibawa ke IPD Gua Musang lalu hanya dibebaskan pada jam 9.15 malam telah menjelaskan kepada umum bahawa hak mahasiswa untuk terlibat di dalam proses politik dan demokrasi khususnya dalam PRK Galas masih dikekang oleh beberapa pihak walaupun pada awalnya Menteri Pengajian Tinggi; Dato’ Seri Khaled Nordin telah membenarkan mahasiswa untuk turun ke medan pilihanraya kecil DUN Galas.

Tuntas, mahasiswa berpendirian bahawa sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan secara total memandangkan aplikasinya yang sama sekali tidak relevan dan bersifat menyekat kebangkitan mahasiswa. Sekiranya pihak kerajaan Malaysia ingin melihat peranan mahasiswa terus hidup sebagai pemimpin muda Negara, maka menjadi tanggungjawab segera pihak kerajaan untuk memansuhkan AUKU. Apa yang pasti ialah, mahasiswa akan tetap agresif dalam menggerakkan proses perubahan samada AUKU dipinda ataupun terus kekal sebagai akta yang mengekang dan ketinggalan zaman.

Mahasiswa akan terus menghidupkan peranan sebagai agen semak dan imbang kepada sistem demokrasi Negara dengan bersifat responsif terhadap isu-isu nasional mahupun dasar-dasar Negara yang dilihat perlu kepada penelitian semula. Mahasiswa tidak akan teragak-agak untuk bertindak secara agresif sekiranya terdapat ketirisan dalam pengamalan demokrasi dan akan mengambil sikap kritikal dalam mengusulkan agenda perubahan yang konstruktif kepada pihak kerajaan.

“MEMURNIKAN GERAKAN, MEMAKNAKAN MAHASISWA”

Posted by SiswaLaNie on 1:58 PM. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Mahasiswa : Dari GALAS ke Parlimen

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery