Photobucket Photobucket


My Blog List

Gelombang hitam di Putrajaya

Dis 9, Kuala Lumpur : “Mahasiswa bakal berhimpun lagi.. Kali ini dengan gelombang hitam.”, begitulah nada ringkas yang diutarakan oleh Pengerusi Majlis Politik Nasional GAMIS, Ahmad Syukri Abd Razab, 25, mengenai satu himpunan yang bakal diadakan esok (Jumaat).

MPN GAMIS menurutnya bakal menghimpunkan hampir 5,000 mahasiswa IPT di seluruh tanah air esok (Jumaat) bagi menyerahkan satu memorandum Bantahan Kenaikan 4+1 (Harga minyak, gula, diesel dan gas LPG).
Menurut Syukri,”Himpunan ini adalah kesinambungan himpunan 5 Disember lalu (bantah tarif air), kami di peringkat mahasiswa terkesan yang amat sangat terhadap kenaikan harga keperluan tersebut terutama meningkatnya kos sara hidup seharian kami.”

“Saya mewakili front-front mahasiswa menggesa rakan-rakan mahasiswa dari seluruh kampus untuk sama-sama nyatakan solidariti anda.”

“Kami juga akan menyerahkan satu petisyen (Klik sini) kepada PM (DS Najib Razak) sebagai tanda protes kami terhadap kenaikan empat barangan tersebut.”, tambahnya.

“Pihak kami akan mengumpulkan sebanyak mungkin tandatangan terutamanya tandatangan daripada mahasiswa sebagai tanda bantahan kami dan kami juga akan meminta tandatangan rakyat lain sebagai tanda sokongan.”, ujarnya lagi.

Menurut sumber, mahasiswa yang dikatakan akan berpakaian serba hitam akan mengadakan himpunan tersebut di Dataran Masjid Putra, Putrajaya esok (Jumaat).
Himpunan itu dijangka dilakukan sebaik selesai solat Jumaat di masjid berkenaan dan penyerahan petisyen tersebut akan dilakukan selepas itu.

Bantahan itu dibuat setelah pihak kerajaan mengumumkan untuk merasionalisasikan subsidi baru-baru ini dan keputusan yang dibuat itu telah mengakibatkan harga empat barangan keperluan telah naik.

Kerajaan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter manakala harga diesel juga dinaikkan sebanyak lima sen kepada RM1.80 seliter.

Selain itu, harga gula meningkat 20 sen sekilo dan harga LPG meningkat lima sen kepada RM1.90 sekilo.

Posted by SiswaLaNie on 11:34 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Gelombang hitam di Putrajaya

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery