Photobucket Photobucket


My Blog List


Mahasiswa Bakal ‘Berkampung’ Di Al-Falah

Isu perobohan Surau Al-Falah di Kerinchi semakin mencapai kemuncaknya menjelang ‘Proses perobohan’ yang bakal dilakukan esok (9 Disember 2010) oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dijangkakan ratusan mahasiswa di sekitar Kerinchi dan Pantai Dalam serta masyarakat setempat akan ‘berkampung’ di surau terbabit mulai malam ini bagi menghalang surau itu dirobohkan esok (Khamis).

Menurut wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Saudara Izzuddin Hilmi Mohd Zaini, 22, beliau akan memastikan mahasiswa sekali lagi akan bersama rakyat dalam mendepani isu-isu semasa yang menggugat kestabilan masyarakat setempat.

Mahasiswa sebelum ini telah bersama-sama rakyat dalam satu demontrasi aman membantah kenaikan tarif air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) 5 Disember lalu di Masjid Negara.

“Saya mewakili Solidariti Mahasiswa Malaysia akan bersama-sama Majlis Politik Nasional GAMIS, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK), PERMADAH UM dan badan-badan persatuan lain serta seluruh masyarakat setempat dan mahasiswa akan memastikan surau yang sekian lama bertapak di sini tidak akan dirobohkan esok..!!! “, tegasnya.

“Kami semua akan berkampung di sini malam ini (Rabu) untuk adakan solat hajat bagi memohon pertolongan Allah dan esok (Khamis), kami akan berhimpun untuk sama-sama kita buktikan suara dan hak-hak rakyat terus terbela.”, tambahnya lagi.

Posted by SiswaLaNie on 6:39 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Mahasiswa Bakal ‘Berkampung’ Di Al-Falah

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery