Photobucket Photobucket


My Blog List


SMM, GAMIS lancar ‘jentera bela rakyat’

Petaling Jaya, 8 DIS : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia melancarkan ‘Jentera Bela Rakyat’ sebagai tindak balas berikutan isu robohan Surau Al-Falah, Pantai Permai.
Melalui wakilnya, Izzuddin Hilmi, SMM dan GAMIS serta Komuniti Mahasiswa Kerinchi (KMK) berusaha sedaya-upaya memastikan tindakan merobohkan Surau Al-Falah yang merupakan rumah ibadat masyarakat Islam itu dihentikan.

“Sebelum ini, saya selaku wakil mahasiswa bersama-sama Ahli Jawatankuasa Surau Al-Falah sudah mengadakan perbincangan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).”

Walaubagaimanapun menurut beliau, ia dilihat tidak memberi apa-apa kesan.

Sebelum itu, pihak Jawatankuasa Surau Al-Falah menerima notis arahan bagi mengosongkan premis tersebut sebelum tarikh 9 Disember 2010. Namun, tarikh perobohan surau tersebut masih tidak diketahui dan dijangka esok.

Berikutan tindakan perobohan yang dilakukan oleh DBKL, mahasiswa diminta turut serta menyertai perhimpunan aman esok hari bagi menyatakan bantahan dan pembelaan terhadap rumah ibadat tersebut.

“Kita akan anjurkan solat hajat di surau pada malam ini, diikuti dengan aktiviti ‘berkampung’ semalaman bagi mengawal keselamatan surau.”
 

Posted by SiswaLaNie on 7:56 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for SMM, GAMIS lancar ‘jentera bela rakyat’

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery