Photobucket Photobucket


My Blog List

Mahasiswa Perlu Nilai Pentadbiran Negeri BN & PR


Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) bersetuju dan sependapat dengan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang meminta mahasiswa-mahasiswi membandingkan apa yang telah dibuat oleh kerajaan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). (RujukSINI)

Gabungan Mahasiswa memahami kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ini yang secara tersirat mengaku dan bersetuju, bahawa apabila negeri-negeri diperintah oleh parti-parti yang berlainan, maka kita akan dapat lihat dan menilai secara jujur parti mana yang memerintah negeri dengan lebih efisen dan efektif. Kenyataan Datuk Mukhriz ini juga bermaksud beliau bersetuju bahawa apabila monopoli pentadbiran negeri dan negara dipecahkan, (seperti yang terjadi pada Tsunami 08 Mac 08 dahulu ) maka rakyat negara akan dapat merasa dan melihat parti mana lebih jujur berpolitik.

Gabungan Mahasiswa juga memahami kenyataan Datuk Mukhriz ini bahawa beliau secara tersirat cuba mengajak rakan-rakan komponen BN untuk kembali ke pangkal jalan. Ini kerana, beliau secara tersirat mengingatkan mahasiswa-mahasiswi IPT bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh komponen BN kini sebenarnya mengalami masalah amalan rasuah yang kian meruncing berbanding negeri-negeri PR sepertimana yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara untuk Laporan Tahunan 2009 , akhir bulan Oktober lalu. Malahan umum sudah mengetahui kerajaan negeri Kelantan yang beralih pentadbiran sejak 1990 sudah bersih daripada amalan korupsi dan nepotisme yang kini juga diikuti tiga buah negeri seterusnya.

Gabungan Mahasiswa juga menyedari bahawa rancangan realiti 'Bersamamu' yang disiarkan di TV3, seringkali terpaksa memaparkan kisah-kisah kemiskinan dan kesulitan rakyat-rakyat negeri yang telah diperintah secara monopoli dan sekian lama seperti di Sabah dan Pahang akibat permasalahan-permasalahan yang dibangkitkan oleh Datuk Mukhriz tersebut. Ini bersamaan dengan Indeks Kemiskinan Rakyat Malaysia yang cuba disembunyikan oleh pihak-pihak tertentu. Sebagai rujukan, sila lihat gambar di bawah.


Justeru itu, Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) dengan ini jelas bersetuju dan mengakui secara jujurnya bahawa pandangan Datuk Mukhriz Tun Mahathir adalah tepat dan benar bahawa rakan-rakan mahasiswa di IPT-IPT seluruh Malaysia perlu melihat kembali dan menilai sejujur-jujurnya akan keadaan semasa negeri-negeri dan membandingkannya seterusnya bertindak sebagai ejen perubahan masyarakat dan negeri tersebut. 

Tarikh : 23 Disember 2010

Ber-GM Lebih Baik!

Posted by SiswaLaNie on 2:44 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Mahasiswa Perlu Nilai Pentadbiran Negeri BN & PR

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery