Photobucket Photobucket


My Blog List


300 Hadir Himpunan Mahasiswa 1.1.11

Jan 1, Petaling Jaya : Hampir 300 mahasiswa daripada pelbagai kampus di seluruh negara termasuk utara dan barat Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak telah hadir dalam satu himpunan yang diadakan sebentar tadi di Dataran Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Himpunan yang dinamakan Himpunan 1.1.11 sempena kedatangan Tahun Baru 2011 itu diberitakan bermula seawal 7.00 pagi dengan mengecat ‘banner’ sebagai sesi ‘memanaskan badan’ dan berakhir sekitar 12.30 tengahari tadi.
Antara yang hadir untuk menyampaikan beberapa ucapan dan pidatonya adalah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Shazni Munir, Presiden GAMIS, Ahmad Syazwan, Pengerusi SIGMA, Nazirah Abu Bakar, Kartiges yang merupakan Presiden Pemuda Sosialis Malaysia.
Selain itu, hadir juga Presiden KAMI, Hilman Idham, Ryan Gan yang memegang jawatan sebagai S/U Hubungan Antarabangsa DEMA dan ramai lagi pimpinan ‘front-front’ gerakan mahasiswa yang turut sama memeriahkan aturcara.
Himpunan yang dianjurkan oleh Majlis Politik Nasional GAMIS dengan kerjasama SMM dan gerakan-gerakan mahasiswa lain itu menggagaskan empat objektif besar yang ingin digapai mahasiswa pada tahun ini (2011).
Empat objektif tersebut adalah menghimpunkan mahasiswa Malaysia sebagai tanda solidariti di bawah semangat patriotisme, merangka deklarasi Mahasiswa  Malaysia bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011.
Selain itu,memberikan mesej kepada masyarakat bahawa mahasiswa bersama-sama dengan masyarakat Malaysia dan juga memberi gambaran kepada masyarakat bahawa segala tindakan yang dilakukan oleh mahasiswa adalah berdasarkan rasa tanggungjawab terhadap Negara.
Antara aktiviti yang telah dijalankan dalam himpunan itu tadi adalah mengecat ‘banner besar’ yang memaparkan tulisan ‘Mahasiswa Untuk Malaysia’.
Seterusnya pidato mahasiswa berantai yang disampaikan oleh barisan pimpinan ‘front-front’ mahasiswa yang hadir sebagai wakil daripada GAMIS, SMM, DEMA, PKPIM, SIGMA, KARISMA dan sebagainya.
Sementara itu, majlis perasmian himpunan yang bertemakan ‘Mahasiswa Untuk Malaysia’ itu telah dirasmikan oleh bekas aktivis mahasiswa di kampus Universiti Malaya iaitu Saudara Mohd Nazree bin Yunus yang juga mantan Pengerusi SMM.
Beliau dalam ucapannya berbangga dengan penganjuran yang diadakan dan berharap ianya diteruskan dengan pelaksanaan momentum yang tinggi, bukan dengan semangat semata-mata.
“Saya berbangga dengan kehadiran pada hari ini dan berharap kekuatan ini terus bertambah dari semasa ke semasa bagi menyatakan suara dan hak mahasiswa sebagai warganegara Malaysia dengan pelbagai isu yang melanda sekarang terutamanya hal-hal berkaitan pendidikan dan hak-hak sebagai mahasiswa.”, jelasnya.
Selepas itu, Saudara Nazree juga berkesempatan menandatangi satu kain rentang dan menyampaikan Anugerah Ikon Mahasiswa kepada Shazni Munir Mohd Ithnin di atas sumbangan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh beliau.
Kelihatan juga turut meraikan himpunan itu ialah Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dan beberapa NGO lain yang kelihatan memberi sokongan padu apabila beberapa laungan keramat mahasiswa seperti ‘Student Power’, ‘Hidup Hidup Mahasiswa’ serta laungan ‘Takbir’ dilaungkan.
Untuk sebarang berita dan maklumat dari semasa ke semasa, boleh layari http://himpunan-mahasiswa1111.blogspot.com/. – UMtoday.

Posted by SiswaLaNie on 4:16 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for 300 Hadir Himpunan Mahasiswa 1.1.11

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery