Photobucket Photobucket


My Blog List

Pejabat MPP UIAM Disabotaj

Assalamualaikum & salam mahasiswa,

Gombak, 23 Jan- Hari ini UIAM digemparkan dengan satu perilaku yang sangat tidak senonoh yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Dinding luar pejabat Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  telah dicemari dengan kata-kata kesat terhadap beberapa pimpinan mahasiswa tersebut. MPP UIAM yang juga dilabelkan sebagai 'babi PAS' pada dinding tersebut sangat mendukacitakan pihak MPP.




Selain itu, pintu utama pejabat telah disimbah dengan cat merah menyebabkan pintu tersebut yang juga pintu cermin dipenuhi dengan warna merah. Tindakan kurang biadab ini juga telah mendapat perhatian Director, Student Development Division, Dr. Nor Asiah Mohamad. Beliau kelihatan sangat kesal dengan kejadian yang berlaku.


Perkara yang mengejutkan, pejabat juga telah digeledah. Fail-fail dan dokumen-dokumen kelihatan berselerak dan bersepah di atas lantai. Pihak MPP bernasib baik apabila tiada sebarang barang yang hilang. Mereka juga telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak kesematan.

Disebabkan hal demikian, lebih kurang 20 mahasiswa datang ke pejabat untuk membersihkan kekotoran yang dibuat. Gotong-royong tersebut berjalan lancar sehingga keadaan kembali pulih seperti sediakala.

Pada masa yang sama juga, poster berbau hasutan memenuhi bangunan-bangunan kuliyah yang berbunyi 'Anti-WUFI' ditulis di atas poster promosi AGM SRC. Kejadian ini disyaki berlaku bersempena Annual General Meeting SRC yang akan diadakan pada hari Isnin, 24 Januari jam 8 malam bertempat di Main Auditorium. Diharap AGM berlaku dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Program AGM ini juga menunjukkan bahawa pilihanraya kampus (PRK) semakin hampir. Semoga mahasiswa UIAM dapat menunjukkan contoh politik yang sihat kepada masyarakat luar supaya tidak menjadi persepsi buruk terhadap dunia politik kampus.

DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA

Posted by SiswaLaNie on 2:27 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Pejabat MPP UIAM Disabotaj

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery