Photobucket Photobucket


My Blog List


UM Bakal Perkenal E-Calon, E-Daftar, E-Bantah

Jan 28, Universiti Malaya : Pilihanraya kampus Universiti Malaya dijangka akan mendapat perhatian utama seluruh negara selepas ini.
Ini disebabkan, selain E-Vote, pentadbiran UM juga merombak beberapa mekanisma lain pengundian sebagai langkah terbaik untuk menaikkan kembali karisma calon MPMUM.
Terbaru, E-Calon, E-Daftar dan E-Bantah akan dilaksanakan dalam PRK kali ini.
En Puniamurthy yang juga Pengarah Pilihanraya Kampus kali ini berkata dalam taklimatnya (Khamis), sistem E-Calon akan diperkenalkan kepada warga kampus dan akan dijalankan secara online.
Semua calon yang akan bertanding akan mengisi borang secara online dan perlu dikemaskini semasa penamaan calon.
Akan tetapi, calon juga tetap akan diberikan satu borang kertas untuk diisi secara manual seperti sebelum ini.
Selain itu, beliau juga membuat sedikit kejutan apabila memberitahu bahawa sebarang bantahan terhadap setiap undian juga akan dibuat secara online (E-Bantah).
Bantahan yang dibuat adalah melibatkan semua blok parti mahasiswa yang akan bertanding nanti (Pro-M, GERAK atau BEBAS) sekiranya terdapat bantahan terhadap keputusan yang dikeluarkan.
Namun, pihaknya masih tidak memberikan penjelasan terperinci tentang E-Bantah ini.
Diberitakan juga dalam taklimat tadi, mahasiswa yang ingin mendaftar sebagai pemilih kali ini juga perlu membuat semakan secara online pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Pentadbiran selepas ni akan memberi tumpuan penuh kepada media elektronik dari semasa ke semasa bagi mengetahui perkembangan status pemilih.
Begitu juga maklumat tempat pengundian juga akan dimasukkan dalam online.
UMtoday dimaklumkan terdapat wakil daripada Pusat Teknologi Maklumat (PTM) yang menerangkan secara kasar mengenai E-Vote. dan E-Calon.
Wakil PTM dalam taklimatnya memaklumkan bahawa satu taklimat khas mengenai E-Calon akan dibuat selepas cuti pertengahan semester nanti.
Pihak PTM dan badan pelaksana dilihat masih yakin dengan penggunaan sistem E-Vote walaupun mendapat bantahan daripada mahasiswa pada pemilihan MPM sesi lepas. (Klik)
Tempat pengundian juga dikhabarkan akan diadakan di Fakulti dan juga di Kolej Kediaman namun taklimat tentang tempat pengundian akan diberitahu kemudian. – UMtoday.

Posted by SiswaLaNie on 11:46 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for UM Bakal Perkenal E-Calon, E-Daftar, E-Bantah

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery