Photobucket Photobucket


My Blog List


Pro-M UM buat laporan polis

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) hari ini membuat dua laporan polis berhubung dua insiden - kejadian kereta disimbah cat dan kain rentang calon kumpulan itu dibakar, menjelang pilihan raya kampus itu 21 Februari ini.

NONEPentadbiran UM menetapkan esok sebagai hari penamaan calon untuk 41 kerusi yang akan dipertandingkan kali ini.

Kedua-dua laporan polis itu dibuat secara berasingan. Kejadian kereta disimbah cat dibuat pemilik kereta Proton Saga Iswara, kelabu dibuat oleh pemiliknya, Ahmad Bashier Muhamad Afifi, di Balai Polis Damansara kira-kira jam 9.51 pagi ini.

Manakala bagi kes membakar kain rentang calon umum pro-M, pula dilaporkan oleh pengerusi pro-M nasional Mohd Taufiq Abdul di Balai Polis Seksyen 17 Petaling Jaya kira-kira jam 5 pagi.Dalam laporan polisnya, Ahmad Bashier berkata beliau dimaklumkan oleh rakannya pada kira-kira jam 8.45 pagi ini bahawa bumbung serta kiri dan kanan keretanya telah disimbah cat berwarna oren.

Aktivis pro-M itu berkata keretanya itu diletakan di luar kawasan rumah sewanya di Petaling Jaya.

NONE"Saya berasa teraniaya dan terancam dengan kejadian ini. Saya mengesyaki ada unsur ugutan berikutan pilihan raya kampus yang semakin hampir," laporan polis itu dipetik.

Sementara itu, Mohd Taufiq pula, ketika temui Malaysiakini pagi ini, berkata kejadian berlaku di rumah sewa mahasiswi di Seksyen 12 Petaling Jaya kira-kira jam 4.50 pagi ini.

Ketika kejadian itu, katanya, beliau serta enam lagi mahasiswa sedang tidur selepas berkawal di luar rumah berkenaan.

"Tiba-tiba saya tersedar, api sedang marak," katanya sambil menambah bahawa lima kain rentang calon umum pro-M hangus terbakar.

Dalam perkembangan berkaitan, kira-kira 25 aktivis pro-M berkumpul di luar pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof Datuk Dr Rohana Yusof tengahari tadi.

NONEMereka berkumpul untuk mendapat penjelasan berhubung dua lagi tuntutan mereka, antaranya pelaksanaan sistem elektornik (4E) - proses penamaan, pengundian, bantahan dan rayuan dan melanjutkan tempoh berkempen.

Sebelum ini, pihak pentadbiran universiti tunduk dengan desakan kumpulan tersebut apabila memenuhi dua daripada empat tuntutan mereka.

Jurucakap pro-M, Mohd Sabri Jamaluddin berkata hasil perbincangan dengan Dr Rohana, pihak universiti "berkeras" untuk melaksanakan juga sistem tersebut dalam pilihan raya kampus kali ini.

"Pihak universiti masih (mahu) mengekalkan sistem 4E ini. Bagi mereka (menggunakan) teknologi dan sistem elektronik lebih mudah," katanya dalam satu sidang media selepas pertemuan ini.

Selain itu, Mohd Sabri meminta pentadbiran universiti lebih "bersikap adil" supaya membenarkan pro-M berkempen di kolej-kolej kediaman yang kebanyakannya dikuasai oleh Penggerak Mahasiswa (pro-Aspirasi).

Posted by SiswaLaNie on 5:50 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Pro-M UM buat laporan polis

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery