Photobucket Photobucket


My Blog List


Jika kritikal, bawa pulang warga negara di Jepun

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memantau pelajar dan juga warga  Malaysia di Jepun untuk memastikan keselamatan mereka terjamin setiap masa.

Naib presidennya, Abdul Razak Omar membuat gesaan itu ekoran gempa bumi yang mencetuskan tsunami di Jepun beberapa hari lepas telah menyebabkan anggaran kematian melebihi sehingga 1,000 orang dan juga kehancuran yang teruk.

Katanya, kejayaan ops piramid lepas yang membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir menjadi kayu ukur kepada ketulusan kerajaan kali ini untuk memastikan rakyat kita di Jepun selamat.

“Namun begitu, jika keadaan kritikal, kami mendesak supaya kesemua warga negara dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Apa yang membimbangkan, katanya adalah berkenaan dengan loji nuklear yang dilaporkan telah mengalami kerosakan.

Ini, tambahnya boleh menyebabkan sinar radiasi merebak seluruh Jepun dengan pantas dan boleh mengganggu kesihatan termasuk mengancam nyawa rakyat kita.

Jika ia berlaku, ujarnya tiada cara yang terbaik melainkan membawa pulang seluruh rakyat negara ke tanah air.

Menurutnya, soal keselamatan rakyat tidak boleh sama sekali dikompromi dan perlu diambil tindakan segera.

“Kami menyambut baik keprihatinan yang dizahirkan oleh kerajaan Malaysia untuk Jepun, namun tugas utama iaitu menyelamatkan warga negara sendiri perlu diutamakan,” ujarnya.

Gamis juga, katanya menyeru kepada seluruh pihak yang berkaitan bertindak pantas sama ada dengan melaporkan kepada kerajaan apa-apa maklumat bagi membantu rakyat Malaysia di sana.

Posted by SiswaLaNie on 10:11 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Jika kritikal, bawa pulang warga negara di Jepun

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery