SIASAH

Teliti semula pembuangan pelajar di Mesir

PUTRAJAYA, 29 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak kerajaan Malaysia meneliti kes pembuangan pelajar Mal...

29 Jul 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

BERSIH: KPT didakwa cuba sekat siswa

Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu menyerahkan senarai nama mahasiswa institut pengajian tinggi awam untuk diambil tindaka...

13 Jul 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

GAMIS lancar “Anak Muda Sayang Malaysia”

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (Gamis) melancarkan kempen “Anak Muda Sayang Malaysia”. Kempen tersebut bertujuan untuk memberi pend...

23 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

UUM - miskin sangat ke?

Isu cukai tanah di Universiti Utara Malaysia (UUM) belum berakhir. Pihak UUM masih belum putus asa untuk terus merayu buat kali ke tujuh, m...

14 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

Mahasiswa diseru sertai Hari Kemarahan Rakyat esok

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi...

05 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>
Photobucket KOLUMNIS

Qazaf: Mahasiswa mesti pegang pada prinsip

Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadap...

05 May 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>
Photobucket

TERKINI

PANDANGAN

Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus k...

26 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Terkilan kolej KMR UPM bakal dirobohkan

Tidak ramai yang tahu, tidak ramai yang ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu. Tidak heboh di media arus perdana, supaya masyarakat tak ba...

23 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Belanda perlu menarik balik cadangan untuk mengharamkan penyembelihan secara Islam

Pada 27 Mac 2008 yang lalu, umat Islam seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan filem “Fitna” yang jelas memburukkan Islam dihasilkan ole...

18 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Kerajaan, Parti Politik dan Mahasiswa

Apabila disebutkan politik, ramai khalayak menghalakan maksudnya kepada parti politik. Kefahaman awam secara dasarnya masih kabur dan ku...

04 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Mahasiswa tidak perlu skeptis dalam isu Nuklear

Secara peribadi, saya merasakan isu cadangan untuk membina loji nuklear di Malaysia perlu dinilai secara adil oleh semua pihak. Hal ini pe...

24 Mar 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>
PROGRAM

wacana SISWARAKYAT

wacana SISWARAKYAT " tolak politik jijik " GAMIS akan bawakan wacana politik negara dengan panel : panel 1 : Prof Madya Dr Asri Zai...

12 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Kongres Mahasiswa Nasional 12 Mac

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional akan mengadakan kongres Gerakan Mahasiswa Nasional(KGMN...

09 Mar 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>


KAMPUS

Siswa UM Diberi Surat Amaran

Universiti Malaya, 14 Mei : Berikut adalah senarai terkini (setelah dikemas kini) nama pelajar Universiti Malaya yang telah menerima surat ...

14 May 2011 | Baca Lagi»»>>>
POLITIK

PRK GALAS : 4 siswa di tahan

GUA MUSANG 30 Okt : Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak dan...

30 Oct 2010 | Baca Lagi»»>>>
MAHASISWA

PMRAM Bertemu Pihak Kedutaan Pada 28 Julai 2011

KAHERAH, 27 Julai - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyatakan bahawa pihak PMRAM akan bertemu dengan pihak kedutaan pada...

27 Jul 2011 | Baca Lagi»»>>>
PENDIDIKAN

Pemegang Amanah Dasar Pendidikan Negara

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA10 NOVEMBER 2010 / 3 ZULHIJJAH 1431H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malays...

10 Nov 2010 | Baca Lagi»»>>>
AUKU

AUKU : SUATU PENCERAHAN, BUKAN DOGENGAN!

Pastinya kita sebagai mahasiswa seringkali mendengar suatu kelompok mahasiswa yang sentiasa berjuang untuk memansuhkan AUKU atau Akta Univ...

08 Mar 2011 | Baca Lagi»»>>>
PRO MAHASISWA

Pelajar Pro M UPM disingkir kolej kediaman

SERDANG, 23 April: Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 ahli Pro Mahasiswa (Pro M) disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malays...

23 Apr 2011 | Baca Lagi»»>>>
ISU SEMASA

Kenyataan PERKASA berbaur hasutan, GAMIS buat laporan polis

Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Kumpulan Anak Muda Sayang Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubu...

02 Jul 2011 | Baca Lagi»»>>>
STUDENT POWER

'Student Power': UM tolak penganjuran individu

Bahagian Hal Ehwal Universiti Malaya (HEP UM) hari ini menolak permohonan seorang pelajarnya untuk menganjurkan syarahan umum forum 'Stude...

20 Aug 2010 | Baca Lagi»»>>>

My Blog List


Universiti ditadbir bagai tadika

Mereka yang sinis akan menyamakan universiti tempatan dengan kandang, tiada hak bersuara selain disuapkan pagi dan malam, dibesarkan dan kemudian disembelih untuk dipasarkan.  Malah bukan sesuatu yang baru untuk menyifatkan institusi pengajian tinggi sebagai kilang - siswa-siswi dihasilkan dengan acuan mengikut piawaian tertentu - semuanya sama, bagaikan tin makanan.


Dan jenaka sedemikian diterapkan sebagai falsafah sistem pengajian tinggi Malaysia.  Gambar bagaimana Ketua Pegawai Keselamatan menutup mulut seorang wakil siswa dengan tangannya itu sudah cukup untuk menjelaskan situasi sebenar dalam Universiti Malaya.  Tidak lama kemudian, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang enggan ditinggalkan kesunyian di Sintok menarik tumpuan media dengan memberi saman kepada kepada siswa-siswinya - atas kesalahan warna dan panjang rambut yang melanggar peraturan.

Saya gagal melihat bagaimana kedua-dua usaha di atas meningkatkan reputasi menara gading di Malaysia ke dalam senarai 100 universiti terbaik di dunia.  Padahal ia mungkin satu cubaan pentadbir universiti untuk mencatat rekod Guinness, yang jelas lebih mencungkil minat politikus yang bergelar profesor.  Jikalau ia sesuatu yang "tidak masuk akal" apabila universiti mengupah pegawai keselamatan untuk mengawasi mulut siswa/i; bagaimana pula dengan perlantikan Naib Canselor untuk menjaga hal rambut dan pakaian siswa/i?

Alasan yang tidak masuk akal

Saya terpegun apabila membaca wawancara China Press bersama Naib Canselor UUM, Mohamed Mustafa Ishak yang bermegah dengan kejayaannya menyeragamkan pakaian siswa-siswinya.  Setahu saya Naib Canselor adalah pengemudi yang menentukan hala tuju universitinya.  Maknanya, persoalan yang berlegar dalam tengkorak Naib Canselor adalah sejauh manakah siswa-siswinya berjiwa kemanusiaan; apakah siswa-siswinya ghairah untuk menghambat kebebasan, mencari kebenaran, dan menegakkan keadilan?

Pendek kata, Naib Canselor seharusnya lebih mengambil berat tentang apa yang tersirat di dalam jiwa siswa-siswi, daripada apa yang tersurat pada rupa bentuk luarannya.  Ini kerana andaian bahawa paras rupa dan pakaian seseorang yang memenuhi peraturan yang ditetapkan adalah "orang baik" terbukti meleset.  Logiknya senang difahami selagi kita tidak berfikir menggunakan usus besar.  Cuba lihat penampilan Chan Kong Choy, bekas Menteri Pengangkutan ketika berada di mahkamah untuk berdepan dengan tuduhan "menipu Perdana Menteri" dalam skandal PKFZ.  Penampilannya cukup segak dan kemas, malah memperlihatkan "profesional"-nya, dari kaca mata Naib Canselor UUM.  Persoalannya, apakah Chan Kong Choy layak untuk dijadikan contoh kepada siswa-siswi?

Dan kita wajib bertanya, adakah rambut Pornthip Rojanasunand yang berwarna-warni itu bakal menjejaskan profesionalnya sebagai seorang pakar patalogi forensik?  Dan siapakah pula kita untuk menafikan ketokohan Mahatma Gandhi - hanya atas alasan beliau tidak memakai kot dan tali leher yang segak?

Jelas, peraturan sedemikian merupakan bingkai yang langsung tidak masuk akal.  Ia dipaksakan ke atas setiap siswa/i yang umurnya sudah melebihi 18 tahun.  Malah, Naib Canselor UUM dengan angkuh mencabar, pergi belajar di universiti lain jikalau tidak mahu mematuhi peraturan!

Men-tadika-kan Universiti

Sebagai pendidik, mungkin ada antaranya yang berniat baik ketika mewajibkan agar peraturan diperketatkan.  Sering kita dengar peraturan seperti larangan keluar dan masuk kawasan kampus selepas jam 12 tengah malam.  Jangan pakai selipar dan seluar pendek ketika berada dalam kampus.  Kesemuanya diwajibkan atas nama "demi kebaikan siswa/i".  Malah pertubuhan yang diluluskan dengan timbunan borang permohonan juga diwajib untuk mendapatkan cop mohor HEP sebelum sebarang notis ditampal, atau sebarang risalah diedar.

"Saya layan siswa-siswi bagaikan anak saya." Demikianlah ungkapan yang sering kedengaran dari bibir Naib Canselor.  Namun, "niat" bukan segala-galanya ketika kita membicarakan masalah.  Sememangnya Naib Presiden Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Teh Chee Seng berniat baik untuk menasihati siswa/i-nya agar tidak terlibat dalam perhimpunan haram melalui Facebook-nya, tetapi tidak menjawab soalan apakah kesalahan untuk makan kek bersama?  Masalahnya, "perlindungan yang terlebih" ini bukan pendekatan yang sewajarnya untuk mendidik siswa-siswi.  Mengapa Naib Canselor sesebuah universiti mentadbir siswa/i seakan-akan beliau mengasuh kanak-kanak dalam tadika?

Dengan memberi amaran "dengar arahan saya", Naib Canselor sebenarnya memaksakan nilai dirinya kepada siswa/i, lantas merampas hak siswa/i untuk membuat pertimbangan secara berdikari.  Cuma, mengapa perlu seorang Naib Canselor bergelar profesor membuat keputusan untuk seorang siswa/i -yang seharusnya dilayan sebagai seorang dewasa - sama ada untuk memakai selipar atau tidak dalam kampus?  NC wajib bertanya dirinya, sama ada beliau lebih merunsingkan masalah pendek akal siswa/i-nya, atau panjang rambut siswa/i-nya?

Persoalan pokoknya

Segala-gala ini sebenarnya kembali kepada satu persoalan pokok: Sama ada kita mahu melahirkan siswa/i yang patuh kepada AUKU, atau siswa/i yang berani bertanya, mampu membuat pertimbangan, mempunyai pandangan tersendiri dan tegas ketika membuat keputusan?  Adakah tujuan kita menubuhkan Universiti adalah untuk melatih generasi yang akur dan membiasakan diri dengan status quo, biarpun tidak wajar - atau kita mahu membentuk generasi yang berani mempersoalkan ketidakadilan dan bertekad untuk membawa perubahan?

Tepuk dada tanya selera - kita sebenarnya takut apabila siswa-siswi tampil bersuara, lantas tanpa segan silu kita menutup mulutnya dengan tangan.  Kita sebenarnya takut siswa-siswi bangkit mencabar kewibawaan kita, lantas kita menambat mereka dengan Aku Janji.  Kita sebenarnya sedar bahawa "bingkai" yang berada dalam tangan kita sudah berkarat ditinggalkan zaman - kita ugut, denda dan hukum siswa/i bukan kerana mereka mengingkari peraturan, tetapi berdendam kerana kewibawaan kita tercabar apabila mereka mempertikaikannya.

Persoalannya, bagaimana siswa-siswi boleh akur dengan larangan keluar masuk kampus selepas jam 12 tengah malam, jikalau mereka berani mempersoalkan teori "konflik tamadun" oleh Samuel P. Huntington dalam kuliahnya?  Sebaliknya, jikalau siswa-siswi tidak berani mempertikaikan apa salahnya untuk memakai seluar pendek dalam kampus yang terletak pada garisan khatulistiwa - apakah kita mengharapkan golongan ini mampu melakukan sesuatu yang mana prestasinya boleh menandingi pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg?

Kita sering kehilangan arah apabila cuba mengenalpasti dan kemudian menyelesaikan masalah kita.  Masalah sebenar pada pentadbir universiti kita adalah mereka mengandaikan pendidikan itu adalah latihan semata-mata.  Logik yang mendasar dalam tengkorak mereka adalah, semakin ketat peraturan universiti, maka semakin berdisiplin siswa/i yang dihasilkan.  Kita menjaga dan melindungi siswa/i dari panjang rambut hinggalah seliparnya, supaya mereka menumpukan masa sepenuhnya untuk pengajian mereka.

Ini falsafah kilang pembuatan, siswa/i dilayan bagaikan binatang penternakan dan pendidik berperanan sebagai pengasuh di tadika.  Sering kali kita mendengar aduan bahawa siswa/i tempatan tidak kreatif, tidak berkeyakinan diri - tunduk membisu dalam kuliah apabila sesi dibuka untuk bertanya soalan.

Maka pendidik kita mencuba seribu satu cara untuk menangani masalah ini.  Power point digunakan untuk membuktikan bahawa kita seiring langkah teknologi; modul pengajian ditiru dari universiti yang terunggul di dunia - namun kita tetap gagal melahirkan siswa/i yang unggul.  Malah, graduan yang tamat pengajian perlu dilatih semula melalui Skim Latihan Siswazah Menganggur.

Dan kita pelik apabila bakat anak watan kita terserlah bersinar di luar negeri.  Sementara kita mengimport mahupun menyeludup buruh asing, kita sebenarnya antara negara pengeksport bakat terbesar tanpa disedari.  Seandainya kita jujur dalam hal ini, kita semestinya sedar bahawa puncanya adalah kegagalan kita untuk menyediakan satu suasana yang menggalakkan percambahan potensi.  Kita terus mencantas apabila benih bercambah di luar bingkai yang berkarat.

Apa tidaknya, siswa/i dari Fakulti Sains Politik boleh disuapkan sebanyak teori yang mungkin, mereka dipaksa untuk menghafalnya dan memuntahkannya semula pada kertas peperiksaan - tetapi mereka akan didenda apabila turun ke gelanggang untuk memerhatikan dengan mata sendiri perjalanan pilihan raya kecil.  Bukankah kita sedang mengajar anak untuk berenang tanpa kolam?  Bukankah kita sebenarnya mengharapkan kayu balak dari benih yang ditabur ke dalam pasu bonsai?

Saya agak mual apabila membaca alasan pendidik dalam universiti tempatan untuk menyekat kebebasan siswa/i-nya.  Demi kepentingan politik diri mereka menyarankan agar siswa/i tidak terjerumus ke dalam kancah politik.  Demi pangkat dan nama diri mereka memperingatkan agar siswa/i tidak dipergunakan parti politik.  Tanpa segan silu mereka mengerah pegawai keselamatan untuk melindungi kuasa dirinya dan menutup mulut siswa/i-nya.  Maklumlah mengapa bakat siswa/i tempatan hanya bersinar bagai kaca yang meretak di depan pejabat HEP.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.  Sebahagian kritikan di atas pernah diketengahkan cendekiawan di Taiwan terhadap universiti tempatannya, lebih 25 tahun dahulu; dan penulis mendapati ia masih relevan untuk Malaysia, selepas suku abad.

Posted by SiswaLaNie on 12:29 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Universiti ditadbir bagai tadika

Leave comment



Photo Gallery