Photobucket Photobucket


My Blog List

Pemuda PAS mahu jumpa Saifuddin 23 Ogos

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) akan menemui Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berhubung isu kewajaran mahasiswa terlibat dalam politik.

"Ia berdasarkan kepada IQ dan kematangan mereka kerana sebahagian besar mereka adalah pengundi dalam pilihan raya," kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi Abd Rani.

Beliau berkata, pihak mencadangkan pertemuan tersebut diadakan pada jam 2.30 petang 23 Ogos, bertempat di pejabat timbalan menteri berkenaan

Azman Shapawi berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada Saifuddin pada 16 Ogos lalu.

Katanya, Pemuda PAS difahamkan, pada dasarnya Saifuddin bersetuju untuk bertemu dengan mereka.

"Kalau tak dapat berjumpa pun, kita akan tetap hadir (pada tarikh tersebut) untuk menyerahkan memorandum tentang kewajaran mahasiswa telibat dengan politik," katanya.

Azman Shapawi yang ahli jawatankuasa PAS Terengganu berkata ia adalah antara perkara yang diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian Pemuda PAS petang semalam.

Menurutnya lagi, mesyuarat tersebut juga memutuskan untuk persidangan meja bulat bagi mengenalpasti punca dan mencari jalan penyelesaian berlakunya masalah buang bayi, zina dan rogol.

"Isu ini melangkaui politik dan agama dan melibatkan masalah bersama (untuk menyelesaikan masalah) rakyat," katanya.

Menurut Azman Shapawi, pihaknya telah menjemput lebih daripada 50 NGO termasuk Pemuda Umno, untuk turut serta dalam persidangan meja bulat itu.

Ia akan berlangsung pada jam 2 petangn 22 Ogos bertempat di Anjung Rahmat, Gombak.

Posted by SiswaLaNie on 3:41 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Pemuda PAS mahu jumpa Saifuddin 23 Ogos

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery