Photobucket Photobucket


My Blog List


Ketuai kaukus: Bagaimana Datuk Saifuddin?

Bukan setiap hari pembangkang mempelawa anggota kerajaan memimpin sebuah kaukus bersama parlimen.
Yang terbaru, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin
Abdullah dipelawa mengetuai Kaukus Parlimen mengenai penyertaan mahasiswa dalam politik.

Ketika membuat pelawaan tersebut, ahli parlimen PKR Lembak Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Rakyat sedia bekerjasama dengan beliau bagi mencapai matlamat bersama.
Isu tersebut menjadi perbualan hangat ekoran keputusan kerajaan membenarkan guru berijazah menyertai politik.

Saifuddin kemudiannya mencadangkan supaya ianya juga diperluaskan meliputi pelajar universiti.

Bagaimanapun, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohd Khaled Nordin dilaporkan berkata kabinet telah menolak cadangan tersebut
Ketika diminta mengulas pelawaan tersebut, Saifuddin berkata ia bukanlah persoalan mengenai kaukus atau siapa yang akan memimpinnya.

Sebaliknya, tegas beliau, konsensus umum adalah supaya perbincangan sama ada mahasiwa perlu menyertai politik, harus diteruskan.

S
aifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno berkata, apa yang beliau kehendaki ialah supaya perbincangan mengenainya, diteruskan.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada perbincangan mengenainya telah diadakan.

Bagaimanapun, beberapa sumber berkata, kedua belah pihak sudahpun berbincang mengenai perkara itu.

Pada masa yang sama, ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan telah memanjang jemputan kepada Saifuddin untuk "berbincang" mengenai penyertaan mahasiwa dalam politik.

Posted by SiswaLaNie on 3:37 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Ketuai kaukus: Bagaimana Datuk Saifuddin?

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery