Photobucket Photobucket


My Blog List


PRK Galas : Larangan Mahasiswa Turun

Pertamanya kita seluruh Mahasiswa sering peka berkenaan dengan isu-isu semasa yang melingkari mahasiswa dan negara ini. 

Amaran Awal yang dikeluarkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin untuk tidak membenarkan mahasiswa turun dan terlibat di PRK Galas adalah arahan yang tidak masuk akal.

“ SPR belum lagi bermesyuarat dan memutuskan tarik pilihanraya kecil Galas tetapi Menteri telah pun mengeluarkan arahan kepada mahasiswa supaya tidak turun ke Galas. Adakah Menteri sedang bermimpi di siang hari ? ”
“ Ingin saya tekankan di sini, mahasiswa akan turun beramai-ramai ke Galas dan kami sahut cabaran Menteri yang sewenang-wenangnya ingin mengenakan AUKU kepada mahasiswa yang turun ke Galas ”
“ Saya juga ingin memberikan mesej jelas kepada Menteri bahawa, mahasiswa bukan budak kecil yang boleh ditakut-takutkan dan kita anggarkan seramai 2000 mahasiswa akan turun ke Galas untuk hadir sebagai 3 force dalam masyarakat ”
Arahan Menteri bukan arahan mutlak yang perlu diikuti oleh setiap Mahasiswa. Menteri boleh mengeluarkan kenyataan serupa itu tetapi mahasiswa akan menilai dan melihat sendiri sistem politik di Malaysia dalam PRK Galas.

“Jika pilihanraya kecil yang lepas dan kini Galas, mahasiswa tidak dibenarkan hadir untuk mengundi dan menyertai sistem politik di Malaysia ini, kemana mahasiswa akan lari apabila Pilihanraya Umum akan berlangsung jika semua kawasan di negeri ini menjadi ‘haram’ bagi mahasiswa kerana berlangsungnya pilihanraya. Adakah mahasiswa perlu ramai-ramai ke luar negara ? “

Saya harap pihak Menteri perlu semak kembali Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan perlu bezakan antara Sistem Politik dengan Parti Politik yang menyebabkan Menteri mengeluarkan arahan itu atas dasar mana.

Posted by SiswaLaNie on 2:34 PM. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for PRK Galas : Larangan Mahasiswa Turun

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery