Photobucket Photobucket


My Blog List


PRK Galas : Mahasiswa Akan Memeriahkan Pesta Demokrasi

Pilihanraya Kecil merupakan salah satu kompenen penting bagi Negara Malaysia yang mengamalkan konsep federalisme dan menjunjung prinsip demokrasi berparlimen. Maka setiap inci rakyat Malaysia bertanggungjawab dalam memastikan sistem ini terus berlangsung mengikut lunas-lunas perlembagaan. 
Mahasiswa memberi jaminan bahawa PRK Galas kali ini bakal menyaksikan sekali lagi mahasiswa akan berpencak sebagai generasi muda pencinta Negara. Mahasiswa akan turun bersama rakyat untuk memimpin mereka  mencorak masa depan yang terletak di tangan mereka sendiri. Keterbukaan Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini yang membenarkan mahasiswa turun ke Galas akan digunakan sebaik mungkin bagi membuktikan peranan mahasiswa yang sentiasa dominan di sisi masyarakat.

Mahasiswa tidak memiliki kepentingan kepartian, apa yang penting bagi mahasiswa ialah  prinsip bersih, amanah, telus dan adil perlu berfungsi sebaik mungkin di Galas. Mahasiswa sudah muak dengan berita berita kotor Pilihanraya yang sentiasa menerpa ruang media sehingga masyarakat sudah hilang percaya kepada sistem demokrasi Negara. Jika SPR kekurangan tenaga untuk memastikan PRK berjalan dengan adil dan bersih, biar mahasiswa menggalas tugas tersebut. Jika polis merasa berat tulang untuk memastikan keamanan sepanjang PRK, biar mahasiswa yang menggalas tugas tersebut agar rakyat dapat mengundi dengan selesa. Jika diberi peluang, mahasiswa akan pastikan setiap pentas kempen sentiasa padat dengan kelantangan aktivis mahasiswa yang sentiasa optimis untuk membela rakyat. Mahasiswa juga tidak akan meolak jika diberi peluang untuk tampil kehadapan sebagai calon alternatif kepada rakyat  di Galas. 

Jika mahasiswa pernah tampil beberapa tahun dahulu dengan mengemukakan manifesto yang cukup telus kepada rakyat, saya kira semangat itu masih ada dalam jiwa mahasiswa hari ini. Parti Mahasiswa Negara mungkin sudah terkubur, tetapi ruh perjuangan mahasiswa untuk membela rakyat masih subur. Selaku Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, saya memberi jaminan bahawa mahasiswa tidak akan walaupun sekali melangkah ke belakang bagi memastikan ruh perjuangan membela rakyat terus hidup biar apa juga halangan yang bakal didepani.

Saya menyeru kepada seluruh sahabat mahasiswa untuk turun ke medan Pilihanraya Kecil Galas sebagai agen tidak rasmi kepada sistem demokrasi Negara. Kita nilai, imbang, dan kita siapkan resolusi untuk masa depan demokrasi Malaysia melalui pemerhatian kita di Galas. Kita tidak turun untuk PAS, mahupun UMNO, tetapi kita turun ke Galas untuk rakyat dan masa depan Negara. Kita hormati mereka yang berada di pentas politik kerana mereka juga elemen yang menjayakan sistem demokrasi Malaysia. Namun kita sebagai mahasiswa boleh membantu rakyat untuk menentukan siapa yang lebih sesuai untuk memimpin mereka.

Sdr. Ahmad Syukri Ab Razab
Pengerusi Majlis Politik Nasional
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Posted by SiswaLaNie on 12:44 AM. Filed under , , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for PRK Galas : Mahasiswa Akan Memeriahkan Pesta Demokrasi

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery