PRK Galas : Mahasiswa Sebagai 3 Force Turun dalam Masyarakat
Saya menyambut baik kenyataan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khaled Nordin Kenyataan Khaled yang membenarkan Mahasiswa dalam politik khususnya di dalam PRK Galas nanti
dan beliau juga menyatakan bahawa mahasiswa dibenarkan mendengar ceramah tetapi tidak boleh bergiat aktif di dalam kempen parti politik dan saya memahami kenyataan beliau yang mana mahasiswa tidak dibenarkan berpatisipasi dengan mana-mana parti politik.
Saya amat bersetuju dengan kenyataan beliau ini yang pada awalnya kenyataan yang agak keras dan mencabar dikeluarkan. Tetapi saya yakin dengan kewibawaan Menteri KPT yang tahu dan memahami hak-hak mahasiswa dan kebebasan mahasiswa sebagai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas sepertimana di dalam Artikel 10 Perlembagaan persekutuan.
Oleh itu, saya menggesa dan menyarankan agar mahasiswa turun ke lapangan masyarakat sebagai 3 force di dalam masyarakat iaitu sebagai orang tengah dan tidak berpartisipasi kepada mana-mana belah pihak. Mahasiswa turun sebagai aset negara yang akan menilai dan meneliti sejauh mana proses sistem politik (pilihanraya) di Malaysia diadakan. Dan saya yakin, Menteri KPT juga bersetuju dengan pandangan saya ini. Saya juga ini menyarankan agar KPT terutamanya tidak perlu mengenakan tindakan AUKU kerana mahasiswa akan turun ke Galas nanti atas kapasiti 3 force sahaja.
Saya seru seluruh mahasiswa untuk mejadi benteng baru buat masyarakat agar masyarakat di Galas terutamanya dapat menilai pemimpin yang mana perlu mereka pilih dan ini adalah salah satu peranan mahasiswa di dalam masyarakat untuk memberikan penerangan bagi masyarakat tidak tersilap memilih Wakil Rakyat di Galas nanti.
Saya yakin dan percaya pihak Menteri KPT sendiri tidak akan mengenakan apa-apa tindakan kepada mahasiswa yang turun ke Galas sepertimana janji dan kenyataa beliau itu. Saya amat komited dan yakin dengan kredibiliti mahasiswa untuk memandu masyarakat ke arah memilih kepimpinan yang adil, bijaksana dan berjuang demi kemaslahatan rakyat Galas.
Mohd Ridzuan Bin Othman
SU Gerakan SMM