Photobucket Photobucket


My Blog List

KARISMA Bantu Mangsa Banjir di Utara

Prihatin dengan nasib mangsa banjir di utara tanah air, Disaster and Response Unit (DERU) yang mewakili Pertubuhan IKRAM Malaysia bersama Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) telah turun membantu mangsa banjir di daerah kubang pasu sejak khamis yang lepas.

Seramai lebih seratus sukarelawan dari pelbagai lapisan golongan professional dan belia datang dari luar Kedah termasuk Pulau Pinang , Selangor dan Kuala Lumpur untuk memberikan bantuan. Tumpuan utama khidmat sukarelawan ini adalah untuk membantu membersihkan rumah mangsa, surau dan masjid.


Dalam misi kedua ke Kedah yang turut disertai oleh ahli KARISMA dari negeri Selangor, kerja-kerja pembersihan lebih tertumpu di sekitar kawasan perumahan Taman Permai, Taman Jitra dan Taman Mahsuri.  Menurut Pn Faridah , ibu tunggal yang diuji dengan musibah ini, banjir ini adalah yang paling buruk selepas tahun 2005. Air sedalam 3-4 kaki telah menenggelamkan rumah-rumah penduduk di sini selama lebih 4 hari.


Sehingga kini keperluan bantuan dijangkakan lebih mendesak selepas kerja pembersihan fasa pertama di kawasan ini selesai, memandangkan sebahagian kawasan di Alor Setar masih ditenggelami air. Kami juga turut berkesempatan menziarahi dan memberikan sumbangan makanan kepada beberapa buah keluarga yang tinggal menumpang di rumah sanak saudara dan khemah buatan sendiri berhampiran sawah yang ditakungi air.

Sehubungan itu, Jawatankuasa Kebajikan KARISMA Nasional menyeru golongan mahasiswa untuk turun ke lapangan  membantu mangsa banjir, menyumbangkan masa dan tenaga bagi meringankan beban rakyat Kedah dan Perlis. Relung ini seharusnya menjadi salah satu peluang menyantuni masyarakat sekaligus membina keperibadian diri mahasiswa yang peka terhadap isu kebajikan ummah, sedia berkorban dan menghayati konsep tolong menolong.


Misi-misi yang seterusnya sedang diaturkan. Koordinasi di peringkat KARISMA boleh dilakukan dengan menghubungi terus JK Kebajikan KARISMA Nasional.

Sesungguhnya Allah tidak mehilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. Dan tidak pula mereka membelanjakan sesuatu perbelanjaan yang kecil atau yang besar ,dan tidak mereka melintas sesuatu lembah, melainkan ditulis pahala bagi mereka , supaya Allah membalas dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan” [ Maksud Al-Taubah : 120-121]
“ Mahasiswa Du’at Teras Kepimpinan ”

Posted by SiswaLaNie on 12:42 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for KARISMA Bantu Mangsa Banjir di Utara

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery