SIASAH

Teliti semula pembuangan pelajar di Mesir

PUTRAJAYA, 29 Julai: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak kerajaan Malaysia meneliti kes pembuangan pelajar Mal...

29 Jul 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

BERSIH: KPT didakwa cuba sekat siswa

Tindakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mahu menyerahkan senarai nama mahasiswa institut pengajian tinggi awam untuk diambil tindaka...

13 Jul 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

GAMIS lancar “Anak Muda Sayang Malaysia”

Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (Gamis) melancarkan kempen “Anak Muda Sayang Malaysia”. Kempen tersebut bertujuan untuk memberi pend...

23 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

UUM - miskin sangat ke?

Isu cukai tanah di Universiti Utara Malaysia (UUM) belum berakhir. Pihak UUM masih belum putus asa untuk terus merayu buat kali ke tujuh, m...

14 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>

Mahasiswa diseru sertai Hari Kemarahan Rakyat esok

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) menyeru mahasiwa supaya hadir ‘Hari Kemarahan Rakyat’ di Masjid Negara esok bagi...

05 May 2011 | 0 comments | Baca Lagi»»>>>
Photobucket KOLUMNIS

Qazaf: Mahasiswa mesti pegang pada prinsip

Tulisan ini (sekadar yang termampu) bertujuan bagi memastikan mahasiswa jelas dengan apa sepatutnya yang dijadikan pegangan dalam berhadap...

05 May 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>
Photobucket

TERKINI

PANDANGAN

Politik Kotor: Kemana Hala Tuju Dan Nasib Generasi Muda

Mutakhir ini kita melihat negara semakin dihimpit dengan sikap politik kotor yang dangkal dan jijik mainan pemimpin yang hanya mahu terus k...

26 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Terkilan kolej KMR UPM bakal dirobohkan

Tidak ramai yang tahu, tidak ramai yang ambil tahu apatah lagi berbuat sesuatu. Tidak heboh di media arus perdana, supaya masyarakat tak ba...

23 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Belanda perlu menarik balik cadangan untuk mengharamkan penyembelihan secara Islam

Pada 27 Mac 2008 yang lalu, umat Islam seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan filem “Fitna” yang jelas memburukkan Islam dihasilkan ole...

18 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Kerajaan, Parti Politik dan Mahasiswa

Apabila disebutkan politik, ramai khalayak menghalakan maksudnya kepada parti politik. Kefahaman awam secara dasarnya masih kabur dan ku...

04 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Mahasiswa tidak perlu skeptis dalam isu Nuklear

Secara peribadi, saya merasakan isu cadangan untuk membina loji nuklear di Malaysia perlu dinilai secara adil oleh semua pihak. Hal ini pe...

24 Mar 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>
PROGRAM

wacana SISWARAKYAT

wacana SISWARAKYAT " tolak politik jijik " GAMIS akan bawakan wacana politik negara dengan panel : panel 1 : Prof Madya Dr Asri Zai...

12 Apr 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>

Kongres Mahasiswa Nasional 12 Mac

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pro Mahasiswa Nasional akan mengadakan kongres Gerakan Mahasiswa Nasional(KGMN...

09 Mar 2011 | 0 comments| Baca Lagi»»>>>


KAMPUS

Siswa UM Diberi Surat Amaran

Universiti Malaya, 14 Mei : Berikut adalah senarai terkini (setelah dikemas kini) nama pelajar Universiti Malaya yang telah menerima surat ...

14 May 2011 | Baca Lagi»»>>>
POLITIK

PRK GALAS : 4 siswa di tahan

GUA MUSANG 30 Okt : Empat anggota Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) termasuk Pengerusi Majlis Politik Nasional, Syukri Razak dan...

30 Oct 2010 | Baca Lagi»»>>>
MAHASISWA

PMRAM Bertemu Pihak Kedutaan Pada 28 Julai 2011

KAHERAH, 27 Julai - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menyatakan bahawa pihak PMRAM akan bertemu dengan pihak kedutaan pada...

27 Jul 2011 | Baca Lagi»»>>>
PENDIDIKAN

Pemegang Amanah Dasar Pendidikan Negara

KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA10 NOVEMBER 2010 / 3 ZULHIJJAH 1431H Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malays...

10 Nov 2010 | Baca Lagi»»>>>
AUKU

AUKU : SUATU PENCERAHAN, BUKAN DOGENGAN!

Pastinya kita sebagai mahasiswa seringkali mendengar suatu kelompok mahasiswa yang sentiasa berjuang untuk memansuhkan AUKU atau Akta Univ...

08 Mar 2011 | Baca Lagi»»>>>
PRO MAHASISWA

Pelajar Pro M UPM disingkir kolej kediaman

SERDANG, 23 April: Lebih 40 mahasiswa, termasuk 9 ahli Pro Mahasiswa (Pro M) disingkirkan dari Kolej Kediaman Kedua Universiti Putra Malays...

23 Apr 2011 | Baca Lagi»»>>>
ISU SEMASA

Kenyataan PERKASA berbaur hasutan, GAMIS buat laporan polis

Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) dan Kumpulan Anak Muda Sayang Malaysia hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Pertubu...

02 Jul 2011 | Baca Lagi»»>>>
STUDENT POWER

'Student Power': UM tolak penganjuran individu

Bahagian Hal Ehwal Universiti Malaya (HEP UM) hari ini menolak permohonan seorang pelajarnya untuk menganjurkan syarahan umum forum 'Stude...

20 Aug 2010 | Baca Lagi»»>>>

My Blog List


MPMUM jangan jadi 'pak turut'' HEP

Surat ini merujuk kepada surat yang bertajuk 'MPMUM sokong ETP, hab pusat hiburan malam' yang dikirim oleh Yang Di-Pertuanya, Khairul Anuar Abu Kasim.

Terdapat dua perkara yang boleh dilihat.

Sekiranya tulisan itu ditulis olehnya sendiri, saya selaku bekas mahasiswa Universiti Malaya dan pernah menjadi exco di dalam MPMUM tahun sebelumnya sangat malu dan kecewa dengan kenyataannya sebegitu.

Amat malang sekali sebagai orang nombor satu di kalangan mahasiswa di dalam universiti yang ternama boleh memberikan pandangan sebegitu rupa. Kalaupun nak memperlihatkan usaha menyokong kerajaan, tapi janganlah sampai 'pak turut' sebegitu sekali.

Namun andainya tulisannya itu disabotaj orang sebagaimana yang didakwanya itu, saya sekali lagi berasa malu kerana amat lemahnya kepimpinannya itu sehingga boleh dipermainkan orang lain.

MPMUM 2008/09

Ketika menjadi ahli perwakilan MPMUM dahulu, saya rasa tidaklah seteruk kepimpinannya kali ini. Walaupun kami hanya memenangi majoriti yang tipis, namun rancangan perubahan untuk mahasiswa kami laksanakan.

Dibawah kepimpinan YDP Ridzuan Mohamad, antaranya kami telah memotong elaun exco MPMUM sebanyak 30 peratus dan diberikan kepada mahasiswa OKU, memperbanyakkan wacana ilmiah antaranya wacana ekonomi, politik dan mahasiswa. Paling berjaya adalah mentranformasi Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM) sehinggakan mendapat pujian Pro-Canselor UM, Raja Dr Nazrin yang bertitah sewaktu perasmian 'this is the best feskum ever'

Paling penting, kebajikan mahasiswa sangat dijaga. Antaranya membela nasib hampir 200 pelajar yang telah dibuang kolej di kolej kediaman kesepuluh serta menyelesaikan kenaikan harga yuran sebanyak RM100 di kolej kediaman kelapan.

Dan tidak sekali-kali MPMUM mengikuti secara membuta tuli apa sahaja keputusan Hal Ehwal Pelajar (HEP). Misalnya dalam perlaksanaan sistem e-voting di dalam Pilihan Raya Kampus (PRK), kami adalah orang yang menentangnya kerana mengabaikan suara mahasiswa. Walaupun ketika itu Naib Canselor sendiri menyokong, kami tetap menentang Naib Canselor sendiri.

Krisis MPMUM sesi ini

Amat teruk MPMUM sesi kali ini hanya menjadi 'pak turut' kepada (HEP) universiti. Lebih mudah dikatakan menjadi 'pengawas sekolah'. Apa yang diperintah HEP diikuti, apa yang dilarang pun diikuti juga untuk dilaksanakan.

Selagi mana tidak mendapat 'kelulusan' HEP, maka program tidak akan berjalan. Selagi tidak mendapat 'tandatangan' pegawai HEP, tidak boleh bergerak. Akhirnya yang paling berkuasa di universiti adalah HEP, MPMUM sekadar mengangguk-angguk.

Apa makna dipilih sebagai perwakilan mahasiswa? MPMUM diundi oleh mahasiswa, sewajarnya hasrat dan kehendak mahasiswa yang perlu dituruti, bukan pentadbiran mahupun mana-mana parti politik.

Malang dan sedih sekali lagi, jika wakil-wakil mahasiswa ini mendapat 'anugerah' berupa percutian ke tempat-tempat menarik, gah menghadiri program-program bersama menteri, makan malam bersama orang ternama, dalam masa yang sama mengabaikan kebajikan mahasiswa di universitinya.

Krisis ini yang sedang melanda kepimpinan MPMUM malah saya kira keseluruhan universiti berlaku sedemikian. Selagi mana pemikiran mereka masih 'HEP oriented' selagi itu mereka tidak akan berani untuk bertindak.


Penulis adalah mantan pengerusi, Exco Kerohanian, kepimpinan dan pembangunan Insan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) sesi 2008/09




Posted by SiswaLaNie on 4:47 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for MPMUM jangan jadi 'pak turut'' HEP

Leave comment



Photo Gallery