Photobucket Photobucket


My Blog List


GALAS 4 : Polis Tidak Profesional

Gua Musang, 14 NOV : Empat mahasiswa yang telah di tahan ketika mengedarkan risalah kesedaran kepada masyarakat untuk turun mengundi dan melakukan kewajipan memilih pimpinan yang terbaik di galas pada 30 oktober lalu melahirkan rasa hampa dan sedih dengan tindakan pihak polis yang tidak profesional dan serius dalam mengendali kes tersebut.

Empat mahasiswa tersebut iaitu saudara Ahmad Syukri Che Ab. Razab, Mohd Yusof Hadhari, Mohd Rijaludeen Mohd Anwar dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli serta bersama 15 mahasiswa yang lain tiba di mahkamah Majistret pada jam 8 pagi seperti mana yang tertulis di surat perjanjian dan jaminan kepada polis diraja. Mereka melahirkan rasa hampa kerana terpaksa menunggu sehingga jam 9.30 pagi kerana di fahamkan mahkamah akan di buka pada jam tersebut.

Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, saudara Mohd Yusof Hadhari, Kami hadir pada tepat waktunya, dan agak merasa sedikit hampa dengan ketidak hadiran Investigation Officer iaitu Pegawai Penyiasat Jenayah yang bertanggujawab mengendalikan kes ini.

“Apabila kita hubunginya, beliau memaklumkan kes ini tidak di failkan lagi kepada TPD Timbalan Pendakwa Raya, serta memberi alasan tidak dapat memaklumkan terlebih awal kepada 4 mahasiswa tersebut kerana terlupa nombor telefon walaupun salah satu daripada 4 mahasiswa yang di tangkap itu. Padahal kita sedia maklum, 4 orang mahasiswa tersebut menulis nombor telefon masing-masing pada setiap borang yang di ambil siasatan oleh pihaknya.

Kita melihat pihak polis masih lagi tidak profesional dan serius dalam menjalankan tanggungjawabnya. Kita sudah rugi masa, rugi tenaga, rugi wang ringgit malah ada mahasiswa yang masih dalam tempoh masa peperiksaan. Kita datang dari jauh, dan bila sampai mudah meminta kita pulang semula dan tunggu panggilan seterusnya. Sebenarnya kita jua masih lagi persoalkan atas alasan apa mahasiswa tersebut ditangkap..” ujarnya lagi.

4 mahasiswa tersebut juga bertegas untuk menunggu surat seterusnya bukan sekadar panggilan dari mulut. Mereka terus pulang ke kuala Lumpur setelah mengesahkan kehadiran di mahkamah Majestret pagi tadi.

Posted by SiswaLaNie on 8:38 AM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for GALAS 4 : Polis Tidak Profesional

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery