Photobucket Photobucket


My Blog List

HIMPUNAN Tetap Ada Walaupun Polis Kata HARAM

Dis 4, Kuala Lumpur : Pihak polis semalam memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan peserta dua perhimpunan yang akan dilakukan di ibu negara (Esok) Ahad.
“Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang berlandaskan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menganjur dan turut serta dalam perhimpunan haram ini,” kata Zulkifli lagi.
Ahad ini, kerajaan Selangor menganjurkan demonstrasi dan perarakan menentang kenaikan harga air di negeri itu dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Kumpulan berbaju merah itu berkemungkinan bertembung dengan kumpulan NGO antipenyelewengan kerajaan negeri (berbaju hitam) – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) – yang turut mengadakan demonstrasi di tempat berdekatan.
Kedua-dua kumpulan berkenaan setakat ini mengakui belum memohon sebarang permit berhimpun daripada pihak polis.
Namun, mahasiswa dikhabarkan turut sama akan bersama-sama turun bukan sahaja membantah kenaikan tarif air tetapi turut membantah kenaikan harga barang.
Menurut kenyataan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Ahmad Syazwan berkata,”Kami tetap akan menghantar jentera mahasiswa seramai mungkin untuk sama-sama membantah kenaikan barang dan juga kenaikan tarif air.”
“Kami tidak sama dengan penganjur yang asal, kami akan membantah 2+1 (bantah harga barang naik dan tarif air), cumanya kami di tempat yang sama kerana matlamat yang sama (serah memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong).”
Tambahnya,”Kami tetap akan teruskan himpunan ini walaupun ada ancaman daripada pihak polis yang menyatakan haram, ini hak rakyat, semakin dicabar semakin ramai la yang tidak puas hati, jadi semakin ramai la yang akan turun esok.”
Semalam, kerajaan mengumumkan untuk menaikkan harga petrol RON 95, harga gula, harga diesel dan harga gula di pasaran.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur itu berkata, pihaknya sehingga ini belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana kumpulan untuk mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.
“Sekiranya perhimpunan ini diadakan, maka ianya adalah perhimpunan tanpa permit polis sepertimana peruntukan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, polis tidak menghalang tindakan untuk menyerahkan memorandum.
“Tak sepatutnya berlaku sebab pada saya ada cara lain lagi untuk menyampaikan memorandum, tidak melalui perarakan dan perhimpunan.

“Tuan-tuan sendiri tahu, tanpa perhimpunan pun KL akan sesak. Bila sesak akan timbul perasaan marah pemandu dan mungkin akan timbulkan ketegangan dan situasi yang menggugat ketenteraman awam. Itu yang kita hendak elak,”katanya lagi.
“Kumpulan berkenaan akan berhimpun di Masjid Negara dan bergerak ke Istana Negara bagi menyerah memorandum bantahan ke atas pengurusan Syarikat Air Selangor (Syabas)”, katanya.
“Kita juga menerima maklumat bahawa terdapat satu kumpulan lain yang akan berhimpun di Stadium Negara dan bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mengenai penyelewengan dan kelemahan kerajaan Selangor,” katanya lagi.
Mahasiswa dikatakan akan menghantar seramai hampir 200 siswa untuk turut serta menyerahkan memorandum esok di Istana Negara

Posted by SiswaLaNie on 12:35 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for HIMPUNAN Tetap Ada Walaupun Polis Kata HARAM

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery