Photobucket Photobucket


My Blog List


Mahasiswa digesa turun menghantar memorandum isu air selangor esok!!!

Seluruh mahasiswa akan bersama mempertahankan hak-hak rakyat dan kebajikan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Langkah Kerajaan Selangor dalam member 20 m air percuma kepada rakyat negeri Selangor adalah salah satu usaha murni yang sewajarnye diikuti oleh semua kerjaan negeri yang lain.

Dalam keadaan harga barang, minyak semakin hari semakin meningkat, sudah tentu taraf keperluan rakyat semakin meningkat dan langkah memberikan air percuma sedikit sebanyak dapat meringankan beban tanggungan rakyat Selangor khususnya.

Tetapi, amat malang SYABAS seboleh mungkin terus-terusan ingin menaikkan kadar tariff air yang sekaligus membebankan rakyat Selangor. SYABAS adalah syarikat kerajaan negeri tetapi tidak menjalankan dasar-dasar kerajaan negeri.

Menurut Setiausaha Gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan menggesa dan menyeru mahasiswa Selangor terutamanya dan seluruh mahasiswa yang lain bergabung tenaga dan bersama turun menyatakan hak rakyat untuk menghantar memorandum bantahan kepada Yang Dipertuan Agung esok.

“Saya yakin dan percaya, kehadiran mahasiswa esok akan memberikan mesej yang jelas kepada Kerajaan bahawa mahasiswa akan mempertahankan hak-hak rakyat dan mengutuk keras tindakan mana-mana pihak yang membebankan rakyat secara terus-terusan. Di peringkat mahasiswa, saya mengharapkan seluruh mahasiswa bergabung bersama dengan Persatuan Mahasiswa Anak Selangor (PERMASIS) yang diketuai oleh Saudara Izzudin Hilmi dan beberapa gerakan mahasiswa yang lain.” ujarnya.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) juga berpendirian akan turut sama berjuang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan warga selangor pada 5 Disember ini, untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

GAMIS yang mempunyai keahlian mencecah 5000 mahasiswa Islam akan turun seramai mungkin bagi usaha menyokong dan bersama kerajaan Negeri Selangor serta rakyat dalam menuntut hak air mereka dipulangkan kembali.

Ketua Penerangan GAMIS, Mohd Yusof Hadhari berkata, sejak tahun 1997 apabila air di Selangor di anak tirikan atau diperkenalkan dasar penswastaan ianya amat jelas telah merugikan orang ramai. Saya kira apabila kerajaan Selangor ingin mengambil alih kembali syarikat air Syabas. Ertinya ini merupakan permulaan untuk mengembalikan hak rakyat iaitu dijadikan hak milik orang ramai semula.

“Kita sedia maklum jika dasar penswastaan masih digunakan ia akan semakin membebankan warga setempat, malah ini merupakan satu kezaliman saya kira, kerana meletakan sesuatu pada bukan tempatnya. Hak rakyat mesti diberikan semula.” ujarnya.

GAMIS juga menyeru kepada semua mahasiswa dan anak muda untuk turun sama berjuang untuk menuntut hak rakyat dipulangkan kembali. Pada hari Ahad ini, warga Selangor akan berkumpul di Masjid Negara. Warga Selangor akan bersama Menteri Besar dan pimpinan Pakatan Rakyat untuk berarak menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pipertuan Agong.

Posted by SiswaLaNie on 2:06 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Mahasiswa digesa turun menghantar memorandum isu air selangor esok!!!

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery