Photobucket Photobucket


My Blog List


Calon Pro-M hadir bengkel tidak dapat bertanding

Tiga calon daripada Pro Mahasiswa telah ditolak oleh HEP dari menjadi calon untuk PRK Universiti Malaya dengan alasan lambat menghantar surat ketika bengkel sebelum ini.

Calon Pro-M itu bakal mewakili Akademi Pengajian Islam (API) dan dua lagi akan mewakili Fakulti Bahasa dan Linguistik, permohonan mereka ditolak walaupun sudah menghadiri bengkel dengan jayanya pada hari sabtu lepas.

Menurut calon daripada API, saudara Naufal berkata beliau akan menghantar surat kepada TNC HEP untuk memastikan beliau layak untuk bertanding. Beliau juga melahirkan rasa kesal kerana ditolak pada saat-saat akhir sedangkan beliau sudah meghadirkan diri ke bengkel calon anjuran HEP sebelum ini.

Pro-Mahasiswa turut melahirkan rasa kebimbangan kerana esok merupakan hari penamaan calon dan terdapat kemungkinan calon terbabit tidak dapat bertanding. Walau bagaimanapun, di pihak Pro-Mahasiswa akan berusaha bagi memastikan calon-calon terbabit dapat bertanding.

Pihak pentadbiran Universiti Malaya memaklumkan mengenai ketidak layakan mereka untuk bertanding melalui satu surat yang dihantar ke pejabat fakulti. Di dalam surat itu memberitahu sebab mereka tidak layak hanya kerana lambat menghantar surat permohonan daripada tarikh yang diberi.

Sebelum ini pihak pentadbiran Universiti Malaya telah membuat satu bengkel selama sehari dan mewajibkan semua calon yang mahu bertanding ntuk PRK hadir dengan jayanya ke bengkel tersebut. UmKini

Posted by SiswaLaNie on 5:53 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 Photobucket

0 comments for Calon Pro-M hadir bengkel tidak dapat bertanding

Leave comment



Recent Entries

Recent Comments

Photo Gallery